Friday, May 28, 2010

SYUKUR YA ALLAH ATAS KEJAYAAN YANG ENGKAU KURNIAKAN


ini detik dan saat manis bagi diri aku apabila wartawan akhbar datang berjumpa aku selepas majlis konvo di ipik pada april 2007. semuanya tanya apakah resepi kejayaan sebagai pelatih terbaik keseluruhan dan terbaik gerko.aku cuma kalah 0.2 dalan pointer untuk mendapat pelatih terbaik akademik. tidak dapat ambil semua kategor. seronok sangat.syukur sangat. penat lelah belajar dan sokongan isteri dan anak-anak membuahkan kejayaan. masa aku belajar dulu, isteri aku sedang mengandungkan anak aku yang kedua ni. masa tu dayah baru umur 5 tahun. besar pengorbanan dia. doa dia dan doa adik beradik aku , menyuntik semangat kejayaan . aku cuba nak cemerlang akademik masa spm dan stpm tapi tak dapat. masa form 4 dan 5 dulu kedudukan aku dalam tingkatan antara nombor 1 dan 2 sahaja daripada 5 kelas. ingat  lagi aku  pada kawan aku ruhaizan dan norsuzilawati. saingan rapat kami dengan halim . kalu aku dapat no 1 , jan akan no 2 atau suzi no 3. begitulah sebaliknya. masa form 6 pun macam tu la juga. tapi form 6 fight dengan mas ayu dan jaki. kedudukan pun sama gak antara 1 hingga 3. seronok belajar masa sek men. masuk universiti , hanya sem 5 hingga 6 je aku dapat 3.0 pointer and above. sem 2 hingga 4 sibuk dengan mpp ( he he ) . nak cite pengalaman panjang. tapi aku nak kongsikan bersama erti kejayaan. aku percaya semua orang akan berjaya dan ada pengalaman berjaya. tengok cikgu zolfitri ambil jer ptk boleh dapat 4 dan 4. hebat bagi aku tu.ambil sekali je tu. aku tanya dia, dia kata itu rezeki. tapi aku yakin semua orang ada cara untuk berjaya.yang pentingnya kita berjaya untuk agama, bangsa dan negara.

hajat dihati aku, aku nak anak murid aku keluar paper kerana berjaya dalam upsr atau akademik. dah lama aku hajatkan dan aku doakan. apakah upsr tahun ini menjadi kenyataan. aku nak bawa anak murid skbtm ikut cara aku belajar. tapi kena all out.dalam usaha aku dan rakan-rakan nak gerakan kecemerlangan akademik, ada juga yang menyindir dan mengata dari belakang. aku kecewa juga. bagi aku maybe aku pasrah kali ini. abang aku minta aku berundur dan stop. biarlah orang lain pula buat. aku fikir, mungkin betul juga abang aku kata.apakah niat aku Allah akan makbulkan.masa maybe tak dapat nak mengizinkan.adioshhh......... akan bersambung lagi

kepada pasukan softball kebangsaan , cikgu doakan kalian johan peringkat kebangsaan. ada juga niat nak buat sesuatu jika johan kebangsaan.nak panggil wartawan dll. doakan semua guru untuk pasukan softball kita.


kenangan pertandingan bahas hari guru kebangsaan.