bro saiful dok korek apa tu...bab-bab ni cekap.. he he. sebenarnya cikgu saiful sedang betulkan batang streamer kata-kata motivasi
lepas ni sah la bro azmi dan chor salinder tukar keta baru. azmi boleh pakai 325 baru lagi. chor salinder katanya caldina. untung besor niaga baju dan seluar......kata bro azmi " untung apa.......nak habiskan 4 helai pun susah......"
group panitia pendidikan islam jual makanan. bergotong royong. lepas ni semua boleh pi mekah. tapi aku respect dengan sahabat ustaz dan ustazah...tekun dan tak pernah nampak letih walaupun aku tahu confirm letih. sempat lensa aku rakam kak sarimah , halimatun dan kak nisa dari pagi sampai ke malam dok masak dalam bilik kh. kak azizah pun sama. yang lain dok tolong berniaga di luar.anisa, yati, suhaimi, mazlina,sadariah,nurulnisa, akmal,alawiyyah, hanin ( tahniah walaupun sedang sarat.rajin bakal zuriat tu nanti). ustaz yus naik pangkat dalam karnival jadi event manager . ust nokman buka klinik syifa'. tip top agihan tugas.apapun semua guru, aku nampak membantu cuma tak dapat nak dituliskan. banyak sangat.
gerai jual makanan. adik bro zulfitri niaga ais hancur ( bahasa kg aku le ).
kelab kebajikan guru dan kakitangan berniaga air. kira punya kira dapat jugalah masuk dana al falah dan tabung guru sikit.dkt sini yang aku nampak azmi, budin, ust yus , akmal, chor salinder dan beberapa rakan yang lain.
apapun tq ketua panitia kh kerana membenarkan bilik KH dijadikan food court.sapa ketua panitia ni? sifu hazami lerrr.kepada guru spbt pun sama yang memberikan kerjasama menggunakan kawasan dan termasuk ketua panitia pj.adioshhh semua