Thursday, May 27, 2010

GURU OH ! GURU. SKBTM DAN SGM. SEMUA WAJIB TAHU SEBAGAI GURU

latar IPIK tempat aku belajar dulu. di sekolah ni lepasan kpli ipik ialah aku, saiful dan saguna ( pendidikan khas).
 ipik maktab berbudi, mendidik kami semua,
dengan ilmu dan ...............

demikian bait-bait ayat dalam lagu mpik dan selepas itu bertukar kepada nama ipik.waktu aku masuk januari 2006, aku masih lagi bergelar pelatih guru di maktab. tapi masa konvokesyen april 2007 , aku memperolehi diploma di institut perguruan guru ilmu khas, cheras kl.mengenang kisah silam di maktab memang seronok sangat. mula-mula sekali dipilih dan dilantik menjadi senator kepada majlis perwakilan persatuan guru pelatih. guru pelatih kpli tak boleh join dalam persatuan guru pelatih , tapi boleh dilantik dengan status sebagai senator.di sini aku banyak mewakili ipg diperingkat kebangsaan. antaranya ialah bahas bahasa melayu di IBBA peringkat kebangsaan dan pertandingan syarahan tafsir al quran kebangsaan di IPG kota bharu. jawatan-jawatan lain yang disandang hampir sama sewaktu aku belajar di usm dulu. dalam penulisan ini aku tidak berminat nak ulas tentang ipik, tapi yang aku nak utarakan ialah sgm dan wajib memiliki dokumen sgm. semua guru pasti tahu apa itu sgm. dari guru besar, barisan pen kanan, guru kaunseling dan barisan guru wajib tahu sgm. guru ada indikatornya sendiri. guru ada standart dia sendiri. lari dari indikator, maka nilai guru akan berkurangan.ada guru yang kata tugas saya mengajar sahaja. thats mean , hanya pedagogi semata-mata andragogi dan psikologi nak serah pada siapa?dulu , kini dan selamanya nilai guru bukan hanya pedagogi sahaja. pedagogi dan kaedah pengajaran 2 item yang hampir sama atau memang sama. cuba kita tanya kawan-kawan kita apakah persoalan pokok pedagogi?mengapa kita belajar di maktab teori-teori pembelajaran yang perlu kita ingat. tak silap aku ada 5 teori yang paling glamour dalam pendidikan. kisah anjing dan air liurnya serta pelbagai lagi.

itu sewaktu berada di maktab. kata orang, maktab dan realiti sebenar mengajar berbeza. oleh kerana adik beradik aku semuanya guru dan mak sedara, pak sedara pun guru, maka santapan harian aku adalah berlegar dengan makanan seorang guru dari kecil sampai sekarang. itu sebab aku pelik bila ada guru yang berkata " tugas saya hanya mengajar" . jika itulah yang guru cakap, maka tak hairanlah murid sekarang jadi macam mana yang kita lihat. mengajar dalam erti kata sempit , akan memudharatkan murid.

ianya sama dengan tugas seorang kaunselor. opsss>........aku guru bimbingan dan kaunseling dan bukan kaunselor tau. lulusan aku diploma bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. aku tak mampu nak mengaku aku ni kaunselor. tapi ramai juga guru bimbingan yang ada sijil dan diploma setahun pun ngaku dia kaunselor. bahaya tu bro!!!!!!!!!!!!!guru bimbingan hanya memainkan peranan sebagai kaunselor tapi bukan kaunselor pakar dan jangan nak merasa diri itu pakar. aku tak berani kata aku pakar.tapi aku nak belajar jadi pakar dan nak besarkan ruang ubk itu sendiri.

ada guru yang pernah jadi guru bimbingan lebih dari 10 tahun pun tak boleh claim diri dia pakar. yang penting kita jangan dok perasan kita kaunselor berdaftar yer bro................duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.guru perlu berfikir di luar kotak. asam garam guru ialah nak fikir bagaimana nak bangunkan murid dan ubah minda murid.jadi tak perlu fikir lagi bahawa tugas guru bimbingan hanya terhad kepada sesi kaunseling individu dan kelompok. banyak tugasnnya. ubk ada fail meja dan sasaran kerja tahunan nya sendiri.jangan jumudkan fikiran anda bahawa guru bimbingan = sesi kaunseling....ayyooo yo yo......ka da wale........itu zaman awal 90 an . zaman millenium ianya berbeza. cabaran pun berbeza. awal 90 an mana ada nasi beriani dalam kfc. sekarang di kfc dah ada nasi beriani.kan berbeza tu.ok nanti aku sambung kemudian. nanti orang kata , ubk mengulor...... ha ha . makan gaji buta. yang tak makan gaji buta ialah guru aliran perdana ( ni bagi yang suka mengatalah............yang lain tu ok ).dengan kata lain, bila dah mengulor, maka makan gaji setiap bulan tu ibarat makan duit HARAM LA .......mudahkan analoginya.lain kali, "kawan-kawan", bercakap biar ada landasan fakta. jangan ikut sedap mulut dan lidah yang berlaga dengan lelangit sahaja.pikiaq dulu..........ok adiohssss dan aku akan terus membicarakan sgm selepas ini agar ianya menjadi intipati penting kita sebagai seorang guru.

INGAT!!!!! CIKGU JANGAN TERFIKIR DALAM BENAK HATI KITA BAHAWA GURU HANYA MENGAJAR SAHAJA. JIKA ITU SAHAJA YANG KITA MAMPU FIKIRKAN, MAKA KITA TELAH TERSASAR DARI NILAI MANIS SEORANG GURU.

BERGURU KEPADANG DATAR,DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI. 

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

ADIOSHHHH........................