pagi-pagi ni sebelum sesi pembelajaran bermula , seperti biasa tangan aku pasti akan mengetuk huruf-huruf pada laptop.tajuk pagi ni yang ingin aku kongsikan bersama ialah erti cinta yang kadangkala disalahtafsirkan. boleh dikatakan, semua guru di skbtm dah berumah tangga. ada yang seorang dan ada yang 2 orang. yang 2 orang aku boleh tabik springggggg.hebat bro. sebab aku tak mampu dan tak berani. ha ha. yang 3 orang on going. yang nak masuk kelab 2 orang pun ada dan bakal on going. aku tolong doakan untuk kalian sebab itu perkara yang baik. berumah tangga ibarat asam dan garam yang digaul bersama ikan. kalau garam terlebih ia akan jadi masin.kalau asam terkurang, ikan mungkin boleh jadi hanyir. tapi garam yang terkurang juga tidak akan menghasilkan masakan ikan yang sedap.
aku terbaca keratan artikel di atas dalan fb guru aku masa belajar di smkab sitiawan. tertarik dengan artikel ini, aku loadkan dalam blog ilmiislah. bukan apa. ada yang tersirat tu. masa mula bercinta semuanya manis belaka. bila dah lama berumahtangga, manis akan jadi kurang. kalu nak manis juga kena tambah MADU . HE HE..manis gula dengan manis madu berbezakan. manis madu memberi manfaat kepada peminum madu. manis gula boleh meberi mudharat pada sipeminum. aku tidaklah maksudkan isteri pertama tu gula. tapi aku sinonimkan ia dengan suasana masa bercinta. bagi kawan-kawan yang pernah ada koleksi awek , mereka tentu ada pengalaman sendiri. cuba tanya mereka, seronok tak bercinta. tanya aku...aku jawab seronok. first love aku pun dengan isteri aku yang ada sekarang ni la. aku ni takut brooooo dengan wanita dari sekolah menengah. tak caya tanya kawan-kawan baik aku. bila masuk usm, barulah berani sikit nak bual dengan kaum hawa. itu pun BERANI SIKIT JER.
waktu bercinta antara madah yang paling glamour aku dengar ialah lautan api akan kurenangi.biar jalan yang berliku penuh dengan onak duri akan ku lalui...........perhhhhhhhhhhhh ayat power gila.
kawan-kawan , mesrakan hari kita setiap hari dgn zikrullah bersama pasangan kita. yang belum berkahwin, doalah setiap hari nak suami soleh atau isteri solehah.yang nak tambah lagi, doakan agar dapat bakal isteri kedua yang solehah.aku boleh tolong doakan sekali. tepuk dada tanya iman. kita buat solat hajat ramai-ramai di sekolah.
pelbagai cerita menarik bagi mereka yang hidup berumahtangga. yang kurang senang pun ada. tapi itu adalah warna kehidupan. tanpa warna warni kehidupan, sudah pastilah dunia menjadi statik. tapi, warna warni tu janganlah sampai ke kemuncak perpisahan. aku rasa semua keadaan ini dialami oleh semua pihak. dalam banyak kes di pejabat agama khususnya dalam hal munakahat, terdapat banyak kes rumahtangga timbul berpaksikan kepada soal salah tanggapan.jenuh juga nak kawal salahtanggapan ini.tapi, bagi aku, kalu dah serabut fikiran, kongsikan bersama sahabat terdekat tapi bukan kawan . sahabat lebih besar nilainya daripada kawan.
justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dirahmati Allah.ahli keluarga kita, isteri kita, anak kita, suami kita dan diri kita sendiri perlu sama-sama berdoa.azam untuk kurangkan sengketa. bak kata ustaz kazim " mah....oh mah.....boleh abang tambah nasi, mah .......oh mah...............boleh tambahkan abang nasi...mah ..oh mah...........boleh abang tambah seorang lagi.....he he..... . sekian wassalam.adioshhhhh,................
teruskan usaha kawan-kawan dalam membina empayar kesungguhan untuk tambah satu lagi...he he.sunnah tu.tapi kata ustaz kazim yang paling wajib solat.solat cukup, modal cukup, semua serba lengkap maka ikutlah sunnah berpoligami.