Saturday, May 15, 2010

PIC AKU MASA PELANCARAN ROAD SHOW GERAKAN NUR IQRA KE SELURUH ZON UTARA

bukan nak riak atau bukan nak kata aku baik plak yer kawan-kawan. pic ni jadi ilustrasi power point ceramah aku dalam siri jelajah nur iqra di zon utara. nur iqra berkonsepkan gerakan sukarela menyedarkan anak bangsa tentang peri pentingnya kejayaan dalam menuntut ilmu. menuntut ilmu adalah teras kejayaan. aku tak harapkan pun bayaran setinggi gunung kerana aku bukan motivator BERBAYAR. sejak aku berada di usia 16 tahun aku dah terlatih membantu gerakan pelajar melayu untuk menyedarkan anak bangsa diperak. lalu , ketika itu aku perlu belajar bersungguh-sungguh sebelum orang lain kita nak bentuk. form 4 dan 5 dulu dalam kelas dan tingkatan kedudukan aku tak lari antara nombor 1 atau 2. kalau ruhaizan dapat no 1, aku dapat no 2, kalu aku no 1 dia no 2. ada seorang lagi norsuzilawati saingan terapat kami.

belajar perlu ada kesungguhan. bermain juga perlu bersungguh. mengorat...he he ( tak perlu la....). tiada kesungguhan akan menyebabkan seni belajar akan hilang. belajar perlu ada tumpuan. bagi waris yang anak mereka berada di kelas tidak berapa pandai, maka usahalah supaya dia jadi pandai. masa anak di sekolah hanyalah lebih kurang 5 jam. sekolah bukan tempat menternak murid tetapi sekolah tempat mendidik. rumah tempat mendidik anak secara 100%. waris yang gagal dalam hal ini, akan menyebabkan anaknya juga gagal. bila gagal janganlah salahkan guru. anak tak pandai kata guru tak pandai. anak tak tahu ngaji kata ustaz dan ustazah tak tahu ngajar. " banyak kau pnya cantik". waris ialah contoh kepada anak. kalau waris pun haru biru, bagaimana anak nak betul. kalau waris pun pakaian idak menutup aurat, bagaimana anak nak menutup aurat. teguran ialah dakwah. orang yang tegar teguran ialah orang yang tak mahu mengaku dirinya salah.aku bukanlah baik sangat tetapi aku tidak jahat.pantang aku ada waris yang kata guru sahaja yang bersalah jika anak dia lemah. adik beradik aku semua guru. pak sedara aku guru. mak sedara guru. abang aku dah 3 atau 4 kali dapat anugerah cemerlang. baru-baru ni dapat lagi dari kerajaan negeri sebab dia berjayakan luluskan murid pendidikan khas dalam BM.aku kagum dengan abang sulong aku. bila aku ditekan dengan fitnah dari rakan sekerja dan waris, aku tanya pandangan dia. dia kata " suhaili,....sudahlah tu...awak tok sah tolong mereka. mereka fitnah awak. mereka tak kenal awak.tapi, kalu awak nak lawan...lawan sampai tegakkan kebenaran.

JADI SEKARANG, AKU AKAN LAWAN UNTUK  TEGAKKAN KEBENARAN MENGATASI KEBATHILAN. AKU BUKAN DARI KETURUNAN YANG BANGSAT HARTA DAN BANGSAT ILMU. TUNGGUUUU KEPADA MEREKA YANG MENABUR FITNAH.WAIT AND SEE...ADIOSHHHHH