Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA SAHABAT GURU SK BANDAR TASEK MUTIARA

SALAM PERJUANGAN SAHABAT GURU

jika ada yang mengatakan kita tidak buat kerja , kita katakan pada mereka sesungguhnya Allah adalah penilai yang terbaik bagi hambanya.

jika mereka mengatakan kepada kita suka ambil untung daripada program sekolah, kita katakan kepada mereka, sesungguhnya Allah jua yang mengetahui kejujuran dan keikhlasan hambanya

jika mereka kata kita sombong dan bongkak, khabarkan kepada mereka tohmahan adalah sisa api neraka
jika mereka kata kita ini pandai cakap sahaja, khabarkan kepada mereka mujurlah " kita pandai cakap" kalau kita " diam" siapa nak ajar anak mereka.

jika mereka kata kita salahguna kuasa atau menyeleweng, katakan kepada mereka kita bukan BANGSAT AGAMA, BANGSAT HARTA DAN BANGSAT ILMU. KITA BERILMU DAN BERAMAL.KITA BERIMAN.