Saturday, May 29, 2010

SENYUMLAH GURU-GURU DAN MURID SKBTM


perkara paling sukar untuk kita lakukan ialah memberikan senyuman kepada tetamu dan rakan sedangkan senyuman itu lebih mudah daripada mengeluarkan ungkapan. hanya dengan memainkan bibir atas dan bawah, maka terlakar wajah tersenyum. indikator wajah dan keikhlasan seseorang dapat dinilai daripada senyuman. mula-mula aku masuk sebagai guru baru di skbtm ni, ramai juga guru yang sukar untuk memberikan senyuman. semua serius. kata mereka " guru baru , jangan beri muka sangat"......itu kata mereka . he he. lalu aku hanya mampu tergelak sahaja. dulu , masa mula-mula masuk ada guru lelaki yang kata pada aku ,            " tengok tu cikgu baru, mana nak berkawan dengan orang. bersukan pun tak mau....ketika itu mereka mengajak aku main badminton.( tapi mereka kata dibelakang). itu kisah dulu kisah sekarang dah ok. aku pun dah main badminton, tapi jarang sekali aku nampak dia join sekali bila aku main.

orang akan menilai tentang diri kita. sekiranya kita bermurah hati memberikan senyuman, mesti mereka kata  " bagus guru tu" " bagus murid tu".tapi kalau asyik tersenyum dah tentu mereka kata " gila apa guru tu yer??".jadi, moralnya, letakkan nilai senyuman itu pada tempatnya. antara jujur atau gila? itu adalah petunjuk senyuman seseorang.adioshhhhhhhhhhh

p/s : ada di upm. hari ini pusing sampai tempat pameran MAHA.tahun 2003 to 2005 buat m. sc hrd. may  2010 to.....tak tahu lagi.