Thursday, May 13, 2010

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKBTM MENGGORAK LANGKAH LAGI




hiasan : busana muslimah

insyaallah pada 23/5/2010 panitia pendidikan islam dengan kerjasama ubk akan menganjurkan karnival pendidikan islam skbtm. program ini julung kalinya diadakan di skbtm secara besar besaran. matlamat hanya satu nak cari dana untuk program murid dan bukannya nak cari untung bagi mengisi tembuluk guru sebagaimana yang difikirkan oleh sesetengah individu yang menjadi wakil kepada pertubuhan.bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu program. kerta kerja yang cantik, tak semestinya akan menghasilkan dapatan program yang cantik juga.ukhuwah fillah ajk program adalah perkara utama. aku seronok bekerja dengan guru-guru di sekolah ini walaupun adalah seorang dua yang aku selalu kata sebagai antah. tapi antah kalau diperbetulkan tetap akan dimakan bersama nasi. sewaktu menjejakkan kaki ke skbtm ni ( first posting) aku berkenalan dengan beberap orang guru. ustaz amran adalah sahabat utama aku nak gerakkan program. lepaskan kami berjaya set up satu team kerja di bawah panitia pendidikan islam. kawan guru seperti azmi, ust akmal, halmi antara yang terawal bantu gerak kerja sekolah.lepas tu, ramai lagi yang turut membantu secara all out.alhamdulillah. datang pula cikgu budin, ust yusri , sifu hazami dan yang lain (semua sekali guru skbtm) turut membantu perjalanan program sekolah.

rakan aku setiap malam yang sentiasa aku bawa berbincang pasal hal sekolah seperti cikgu azmi, cikgu budin, ustaz yusri dan ustaz akmal. halmi aku call untuk set up kewangan. orang lain tak pernah fikir hal ini kerana bagi aku, semua guru skbtm tip top bila buat kerja. aku just nak letuskan program supaya semua murid dapat faedah.bukan aku tak mau call semua kawan yang lain, tapi bagi aku, jangan ganggu waktu malam kawan-kawan lain. manusia tetap dipanggil manusia, tetapi jiwa mereka lain.

karnival pendidikan islam dan kuliah perdana ni pun aku buat setelah aku bawa berbincang dengan ust ramlee ( nydp pibg ) dan aku cerita pada team belakang tabir yang nak all out.mereka kata" oklah...kita buat".aku pun bagi tau ustaz yusri , kita buat untuk cari dana murid islam. panitia pendidikan islam adalah entiti yang banyak bantu ubk sejak aku masuk ke skbtm. panitia lain pun turut bantu juga tapi, aku banyak buat program dengan panitia pendidikan islam.

niat aku satu, "aku tak nak dengar lagi rintihan guru yang menyatakan tiada duit bila nak buat program ". aku dan kawan-kawan nak cari duit pada sekolah. pada anak murid aku. anak aku bersekolah di sk seri tasek.anak aku di sekolah sana dengan cara sekolah tersebut. aku cari duit untuk anak orang lain. tapi ada juga bapa anak murid tu tak tahu bahawa guru skbtm ni setengah nak mati siang malam cari duit untuk anak mereka. "apa mereka ingat guru skbtm ni sekupang dua"?

karnival ni silap-silap jadi yang terbesar di anjurkan oleh panitia pendidikan islam di pulau pinang ( aku rasa la....) bayangkan sehari suntuk dengan kemuncaknya kuliah perdana dari ustaz kazim.aku dan kawan-kawan peminat kuliah ust kazim.nak-nak pula tajuk kuliah berkaitan sayang isteri.oklah, aku sertakan pengisian program seperti :

1. jualan busana muslim
2.jualan buku
3.jualan barangan iks muslim
4. jualan makanan dan minuman
5. pertandingan mewarna tulisan khat
6. pertandingan menulis teks jawi
7. pameran pendidikan islam
8. produk kesihatan dan komestik

adioshh.........kawan-kawan hebahkan.cikgu salinder jangan lupa mai no bantu jadi dj