Monday, May 31, 2010

PENGISYTIHARAAN BLOG ILMIISLAH KEPADA MURID SKBTM AKAN BERMULA RABU INI ( 2/6/2010)


blog ilmi islah telah mencapai jumlah pengunjungnya pada angka 1000 pada tarikh 30 mei 2010.terima kasih aku ucapkan kepada semua kawan-kawan guru. tanpa anda , sudah pasti jumlah pengunjung tidak akan meningkat. insyaallah aku akan buat pengisytiharaan blog ini kepada semua murid skbtm dan semua rakan-rakan aku diluar sana. so, blog ni akan terbuka kepada semua pihak dan bukannya warga skbtm lagi.ada pertanyaan apakah cerita dalam kelambu akan murid dan waris tahu? dalam dunia blog, semuanya tanpa sempadan dan had. yang penting ianya benar dan bloggers perlu bertanggungjawab. apakah kita takut murid akan tahu ....la teruknya cikgu aku".sampai bila guru boleh berlakon yang dia seorang yang baik? maaf yer kawan-kawan. untuk meningkatkan jumlah pasaran pembaca blog, maka aku perlu isytiharkan. sekarang pun, kebanyakkan sesi bimbingan aku buat dalam fb. ramai murid add aku. so, senang aku bantu mereka.so, jadilah aku guru bimbingan 24 jam. biar pi la orang nak kata...dalam pada aku ada di upm ni pun ada murid yang ajak berbual dlm fb. bagi tau tentang masalah pembelajaran. masalah dgn guru ada tak ? he he.itu semuanya rahsia.
aku nak ajak semua sahabat guru buat facebook dan edarkan pada murid-murid. senang murid murid bertanya.la ni dunia tanpa sempadan dunia gigabait.tak salah ada facebook. ada tagged dan twitter.murid kita pun ramai yang ada facebook. so, seruan aku, beritahu anak murid facebook kita ok. mudahkan dunia pengajaran anda.adioshhhhh..............

Saturday, May 29, 2010

SENYUMLAH GURU-GURU DAN MURID SKBTM


perkara paling sukar untuk kita lakukan ialah memberikan senyuman kepada tetamu dan rakan sedangkan senyuman itu lebih mudah daripada mengeluarkan ungkapan. hanya dengan memainkan bibir atas dan bawah, maka terlakar wajah tersenyum. indikator wajah dan keikhlasan seseorang dapat dinilai daripada senyuman. mula-mula aku masuk sebagai guru baru di skbtm ni, ramai juga guru yang sukar untuk memberikan senyuman. semua serius. kata mereka " guru baru , jangan beri muka sangat"......itu kata mereka . he he. lalu aku hanya mampu tergelak sahaja. dulu , masa mula-mula masuk ada guru lelaki yang kata pada aku ,            " tengok tu cikgu baru, mana nak berkawan dengan orang. bersukan pun tak mau....ketika itu mereka mengajak aku main badminton.( tapi mereka kata dibelakang). itu kisah dulu kisah sekarang dah ok. aku pun dah main badminton, tapi jarang sekali aku nampak dia join sekali bila aku main.

orang akan menilai tentang diri kita. sekiranya kita bermurah hati memberikan senyuman, mesti mereka kata  " bagus guru tu" " bagus murid tu".tapi kalau asyik tersenyum dah tentu mereka kata " gila apa guru tu yer??".jadi, moralnya, letakkan nilai senyuman itu pada tempatnya. antara jujur atau gila? itu adalah petunjuk senyuman seseorang.adioshhhhhhhhhhh

p/s : ada di upm. hari ini pusing sampai tempat pameran MAHA.tahun 2003 to 2005 buat m. sc hrd. may  2010 to.....tak tahu lagi.

Friday, May 28, 2010

GEMPAQQ!!!!! COMING SOON......GURU SKBTM BAKAL MENGGEGARKAN DUNIA AUTO

NOVEMBER  2010 - KHABARNYA UST YUSRI



BMW 325I - KHABARNYA SAIFUL PENDIDIKAN KHAS

NISSAN SENTRA 1.8 -KHABARNYA CHOR SALINDER


TERBARU KIA FORTE= KHABARNYA SIFU HAZAMI



KEMAS...............BRO

ADIOSH...AKU DOAKAN KALIAN AKAN DAPAT MEMPEROLEHINYA. USAHA KAWAN-KAWAN.GAMBAR KERETA SEKADAR GAMBAR HIASAN CONTOH

SYUKUR YA ALLAH ATAS KEJAYAAN YANG ENGKAU KURNIAKAN


ini detik dan saat manis bagi diri aku apabila wartawan akhbar datang berjumpa aku selepas majlis konvo di ipik pada april 2007. semuanya tanya apakah resepi kejayaan sebagai pelatih terbaik keseluruhan dan terbaik gerko.aku cuma kalah 0.2 dalan pointer untuk mendapat pelatih terbaik akademik. tidak dapat ambil semua kategor. seronok sangat.syukur sangat. penat lelah belajar dan sokongan isteri dan anak-anak membuahkan kejayaan. masa aku belajar dulu, isteri aku sedang mengandungkan anak aku yang kedua ni. masa tu dayah baru umur 5 tahun. besar pengorbanan dia. doa dia dan doa adik beradik aku , menyuntik semangat kejayaan . aku cuba nak cemerlang akademik masa spm dan stpm tapi tak dapat. masa form 4 dan 5 dulu kedudukan aku dalam tingkatan antara nombor 1 dan 2 sahaja daripada 5 kelas. ingat  lagi aku  pada kawan aku ruhaizan dan norsuzilawati. saingan rapat kami dengan halim . kalu aku dapat no 1 , jan akan no 2 atau suzi no 3. begitulah sebaliknya. masa form 6 pun macam tu la juga. tapi form 6 fight dengan mas ayu dan jaki. kedudukan pun sama gak antara 1 hingga 3. seronok belajar masa sek men. masuk universiti , hanya sem 5 hingga 6 je aku dapat 3.0 pointer and above. sem 2 hingga 4 sibuk dengan mpp ( he he ) . nak cite pengalaman panjang. tapi aku nak kongsikan bersama erti kejayaan. aku percaya semua orang akan berjaya dan ada pengalaman berjaya. tengok cikgu zolfitri ambil jer ptk boleh dapat 4 dan 4. hebat bagi aku tu.ambil sekali je tu. aku tanya dia, dia kata itu rezeki. tapi aku yakin semua orang ada cara untuk berjaya.yang pentingnya kita berjaya untuk agama, bangsa dan negara.

hajat dihati aku, aku nak anak murid aku keluar paper kerana berjaya dalam upsr atau akademik. dah lama aku hajatkan dan aku doakan. apakah upsr tahun ini menjadi kenyataan. aku nak bawa anak murid skbtm ikut cara aku belajar. tapi kena all out.dalam usaha aku dan rakan-rakan nak gerakan kecemerlangan akademik, ada juga yang menyindir dan mengata dari belakang. aku kecewa juga. bagi aku maybe aku pasrah kali ini. abang aku minta aku berundur dan stop. biarlah orang lain pula buat. aku fikir, mungkin betul juga abang aku kata.apakah niat aku Allah akan makbulkan.masa maybe tak dapat nak mengizinkan.adioshhh......... akan bersambung lagi

kepada pasukan softball kebangsaan , cikgu doakan kalian johan peringkat kebangsaan. ada juga niat nak buat sesuatu jika johan kebangsaan.nak panggil wartawan dll. doakan semua guru untuk pasukan softball kita.


kenangan pertandingan bahas hari guru kebangsaan.

Thursday, May 27, 2010

I LOVE MANJUNG PERAK. BRASIL PILIHAN NO 1 UNTUK PIALA DUNIA


aku mai dari manjung. ada 4 buah negeri selat. pulau pinang, melaka, singapura dan satu lagi yang jarang orang tahu ialah dinding. di manjung ada kerajaan awal seperti gangga negara, kerajaan dinding. lumut nama asalnya dahulu tanah merah. pangkor juga pernah jadi rebutan dan menjadi pusat pentadbiran belanda. ingat kota belanda kan ? ada yang kata kota tempat menyimpan bijih timah.

kepada kawan-kawan yang menjadikan pilihan anda italy, spain, england, portugal, argentina, jerman dan lain-lain tolong kuburkan hasrat anda kerana brasil akan mara. halmi itali dan bad england becarefull wokehh.adioshhhhhhhhhhhh

GURU OH ! GURU. SKBTM DAN SGM. SEMUA WAJIB TAHU SEBAGAI GURU

latar IPIK tempat aku belajar dulu. di sekolah ni lepasan kpli ipik ialah aku, saiful dan saguna ( pendidikan khas).
 ipik maktab berbudi, mendidik kami semua,
dengan ilmu dan ...............

demikian bait-bait ayat dalam lagu mpik dan selepas itu bertukar kepada nama ipik.waktu aku masuk januari 2006, aku masih lagi bergelar pelatih guru di maktab. tapi masa konvokesyen april 2007 , aku memperolehi diploma di institut perguruan guru ilmu khas, cheras kl.mengenang kisah silam di maktab memang seronok sangat. mula-mula sekali dipilih dan dilantik menjadi senator kepada majlis perwakilan persatuan guru pelatih. guru pelatih kpli tak boleh join dalam persatuan guru pelatih , tapi boleh dilantik dengan status sebagai senator.di sini aku banyak mewakili ipg diperingkat kebangsaan. antaranya ialah bahas bahasa melayu di IBBA peringkat kebangsaan dan pertandingan syarahan tafsir al quran kebangsaan di IPG kota bharu. jawatan-jawatan lain yang disandang hampir sama sewaktu aku belajar di usm dulu. dalam penulisan ini aku tidak berminat nak ulas tentang ipik, tapi yang aku nak utarakan ialah sgm dan wajib memiliki dokumen sgm. semua guru pasti tahu apa itu sgm. dari guru besar, barisan pen kanan, guru kaunseling dan barisan guru wajib tahu sgm. guru ada indikatornya sendiri. guru ada standart dia sendiri. lari dari indikator, maka nilai guru akan berkurangan.ada guru yang kata tugas saya mengajar sahaja. thats mean , hanya pedagogi semata-mata andragogi dan psikologi nak serah pada siapa?dulu , kini dan selamanya nilai guru bukan hanya pedagogi sahaja. pedagogi dan kaedah pengajaran 2 item yang hampir sama atau memang sama. cuba kita tanya kawan-kawan kita apakah persoalan pokok pedagogi?mengapa kita belajar di maktab teori-teori pembelajaran yang perlu kita ingat. tak silap aku ada 5 teori yang paling glamour dalam pendidikan. kisah anjing dan air liurnya serta pelbagai lagi.

itu sewaktu berada di maktab. kata orang, maktab dan realiti sebenar mengajar berbeza. oleh kerana adik beradik aku semuanya guru dan mak sedara, pak sedara pun guru, maka santapan harian aku adalah berlegar dengan makanan seorang guru dari kecil sampai sekarang. itu sebab aku pelik bila ada guru yang berkata " tugas saya hanya mengajar" . jika itulah yang guru cakap, maka tak hairanlah murid sekarang jadi macam mana yang kita lihat. mengajar dalam erti kata sempit , akan memudharatkan murid.

ianya sama dengan tugas seorang kaunselor. opsss>........aku guru bimbingan dan kaunseling dan bukan kaunselor tau. lulusan aku diploma bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. aku tak mampu nak mengaku aku ni kaunselor. tapi ramai juga guru bimbingan yang ada sijil dan diploma setahun pun ngaku dia kaunselor. bahaya tu bro!!!!!!!!!!!!!guru bimbingan hanya memainkan peranan sebagai kaunselor tapi bukan kaunselor pakar dan jangan nak merasa diri itu pakar. aku tak berani kata aku pakar.tapi aku nak belajar jadi pakar dan nak besarkan ruang ubk itu sendiri.

ada guru yang pernah jadi guru bimbingan lebih dari 10 tahun pun tak boleh claim diri dia pakar. yang penting kita jangan dok perasan kita kaunselor berdaftar yer bro................duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.guru perlu berfikir di luar kotak. asam garam guru ialah nak fikir bagaimana nak bangunkan murid dan ubah minda murid.jadi tak perlu fikir lagi bahawa tugas guru bimbingan hanya terhad kepada sesi kaunseling individu dan kelompok. banyak tugasnnya. ubk ada fail meja dan sasaran kerja tahunan nya sendiri.jangan jumudkan fikiran anda bahawa guru bimbingan = sesi kaunseling....ayyooo yo yo......ka da wale........itu zaman awal 90 an . zaman millenium ianya berbeza. cabaran pun berbeza. awal 90 an mana ada nasi beriani dalam kfc. sekarang di kfc dah ada nasi beriani.kan berbeza tu.ok nanti aku sambung kemudian. nanti orang kata , ubk mengulor...... ha ha . makan gaji buta. yang tak makan gaji buta ialah guru aliran perdana ( ni bagi yang suka mengatalah............yang lain tu ok ).dengan kata lain, bila dah mengulor, maka makan gaji setiap bulan tu ibarat makan duit HARAM LA .......mudahkan analoginya.lain kali, "kawan-kawan", bercakap biar ada landasan fakta. jangan ikut sedap mulut dan lidah yang berlaga dengan lelangit sahaja.pikiaq dulu..........ok adiohssss dan aku akan terus membicarakan sgm selepas ini agar ianya menjadi intipati penting kita sebagai seorang guru.

INGAT!!!!! CIKGU JANGAN TERFIKIR DALAM BENAK HATI KITA BAHAWA GURU HANYA MENGAJAR SAHAJA. JIKA ITU SAHAJA YANG KITA MAMPU FIKIRKAN, MAKA KITA TELAH TERSASAR DARI NILAI MANIS SEORANG GURU.

BERGURU KEPADANG DATAR,DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,
BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI. 

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

ADIOSHHHH........................

Wednesday, May 26, 2010

APABILA GURU SKBTM MENJADI BLOGGER


hari ni disekolah aku gempaq juga dengan kewujudan blog baru yang lebih berkisar dan berkonsepkan luahan intipati jiwa. samada sipenulis berani menyatakan pendiriannya atau berani bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya. setiap blogger wajib bertanggungjawab di atas isi kandung tulisan yang dihasilkan. ilmi islah juga perlu betanggungjawab di atas penulisannya. aku tidak berapa kenal siapakah pemilik blog berkenaan. namun , diberitakan oleh seorang rakan bahawa blogger berkenaan ialah seorang guru di skbtm juga. selepas membaca blognya, ada pro dan kontra dalam penulisan. bait bait ayat artikel lebih bercorak kemahuan isi hati untuk menceritakan sesuatu.apa yang aku harapkan, kepada blogger berkenaan anda perlu berani dan bertanggungjawab di atas penulisan anda. tulis nama sebenar anda selain daripada nama pena blog. untuk menyatakan hak, anda tidak perlu takut. itu pun jika benar.apapun kepada semua sahabat guru, teruskan mengikut arus globalisasi. mudahkan membina blog. hanya 3 step sahaja , maka terhasillah blog anda. fikirkan sebelum menulis. adioshhhhhhhhhhh

SECEBIS PANDANGAN DALAM PERKISAHAN ERTI CINTA BERUMAHTANGGA DAN POLIGAMI


pagi-pagi ni sebelum sesi pembelajaran bermula , seperti biasa tangan aku pasti akan mengetuk huruf-huruf pada laptop.tajuk pagi ni yang ingin aku kongsikan bersama ialah erti cinta yang kadangkala disalahtafsirkan. boleh dikatakan, semua guru di skbtm dah berumah tangga. ada yang seorang dan ada yang 2 orang. yang 2 orang aku boleh tabik springggggg.hebat bro. sebab aku tak mampu dan tak berani. ha ha. yang 3 orang on going. yang nak masuk kelab 2 orang pun ada dan bakal on going. aku tolong doakan untuk kalian sebab itu perkara yang baik. berumah tangga ibarat asam  dan garam yang digaul bersama  ikan. kalau garam terlebih ia akan jadi masin.kalau asam terkurang, ikan mungkin boleh jadi hanyir. tapi garam yang terkurang juga tidak akan menghasilkan masakan ikan yang sedap.

aku terbaca keratan artikel di atas dalan fb guru aku masa belajar di smkab sitiawan. tertarik dengan artikel ini, aku loadkan dalam blog ilmiislah. bukan apa. ada yang tersirat tu. masa mula bercinta semuanya manis belaka. bila dah lama berumahtangga, manis akan jadi kurang. kalu nak manis juga kena tambah MADU . HE HE..manis gula dengan manis madu berbezakan. manis madu memberi manfaat kepada peminum madu. manis gula boleh meberi mudharat pada sipeminum. aku tidaklah maksudkan isteri pertama tu gula. tapi aku sinonimkan ia dengan suasana masa bercinta. bagi kawan-kawan yang pernah ada koleksi awek , mereka tentu ada pengalaman sendiri. cuba tanya mereka, seronok tak bercinta. tanya aku...aku jawab seronok. first love aku pun dengan isteri aku yang ada sekarang ni la. aku ni takut brooooo dengan wanita dari sekolah menengah. tak caya tanya kawan-kawan baik aku. bila masuk usm, barulah berani sikit nak bual dengan kaum hawa. itu pun BERANI SIKIT JER.

waktu bercinta antara madah yang paling glamour aku dengar ialah lautan api akan kurenangi.biar jalan yang berliku penuh dengan onak duri akan ku lalui...........perhhhhhhhhhhhh ayat power gila.

kawan-kawan , mesrakan hari kita setiap hari dgn zikrullah bersama pasangan kita. yang belum berkahwin, doalah setiap hari nak suami soleh atau isteri solehah.yang nak tambah lagi, doakan agar dapat bakal isteri kedua  yang solehah.aku boleh tolong doakan sekali. tepuk dada tanya iman. kita buat solat hajat ramai-ramai di sekolah.

pelbagai cerita menarik bagi mereka yang hidup berumahtangga. yang kurang senang pun ada. tapi itu adalah warna kehidupan. tanpa warna warni kehidupan, sudah pastilah dunia menjadi statik. tapi, warna warni tu janganlah sampai ke kemuncak perpisahan. aku rasa semua keadaan ini dialami oleh semua pihak. dalam banyak kes di pejabat agama khususnya dalam hal munakahat, terdapat banyak kes rumahtangga timbul berpaksikan kepada soal salah tanggapan.jenuh juga nak kawal salahtanggapan ini.tapi, bagi aku, kalu dah serabut fikiran, kongsikan bersama sahabat terdekat tapi bukan kawan . sahabat lebih besar nilainya daripada kawan.

justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dirahmati Allah.ahli keluarga kita, isteri kita, anak kita, suami kita dan diri kita sendiri perlu sama-sama berdoa.azam untuk kurangkan sengketa. bak kata ustaz kazim " mah....oh mah.....boleh abang tambah nasi, mah .......oh mah...............boleh tambahkan abang nasi...mah ..oh mah...........boleh abang tambah seorang lagi.....he he..... . sekian wassalam.adioshhhhh,................

teruskan usaha kawan-kawan dalam membina empayar kesungguhan untuk tambah satu lagi...he he.sunnah tu.tapi kata ustaz kazim yang paling wajib solat.solat cukup, modal cukup, semua serba lengkap maka ikutlah sunnah berpoligami.

Tuesday, May 25, 2010

SEKITAR KULIAH PERDANA USTAZ KAZIM AL HAFIZ

antara vip yg hadir ialah guru besar cikgu hudzairi, ydp pibg cikgu syed  dan nydp ustaz ramli

bergambar kenangan . en sharif exco pibg, ustaz ramlee nydp, cikgu hudzairi gb, uzt kazem dan cikgu syed ydp.

selepas menyampaikan kuliah, ust kazem menikmatan jamuan yang disediakan di bilik j qaf. jamuan ini dimasak sendiri oleh ustazah2. ketua memasak ialah ustazah halimatun

abadi selamanya. pic aku dgn gb, ust kazim dan event manager ust yusri. kata azmi ust jami......( jambi )

alhamdulillah syukran .semua berjaya.moga dana al falah meningkat.kehadiran menjangkaui 1200 orang . kerusi di kanapi sahaja di susun sebanyak 600 buah ( penuh). yang lain2 duduk di belakang dan tepi koridor kelas. adioshhh.........

GERAI LUAR YANG SAMA-SAMA MEMERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM

gerai ais kisar secara tradisi dan boleh jadi aiskrim selepas tu


gerai jualan busana muslimah

jualan kraf buatan iks


jualan barangan dalaman rumah oleh bro shariff ( ajk PIBG ) dan rakan-rakannya
sama juga seperti di atas.

ada juga kedai buku dan jualan minyak wangi.terima kasih atas sumbangan anda semua. barakatillah. adioshhhh semua

RAGAM GURU BERNIAGA MEMBANTU MENCARI DANA AL FALAH

bro saiful dok korek apa tu...bab-bab ni cekap.. he he. sebenarnya cikgu saiful sedang betulkan batang streamer kata-kata motivasi

lepas ni sah la bro azmi dan chor salinder tukar keta baru. azmi boleh pakai 325 baru lagi. chor salinder katanya caldina. untung besor niaga baju dan seluar......kata bro azmi " untung apa.......nak habiskan 4 helai pun susah......"

group panitia pendidikan islam jual makanan. bergotong royong. lepas ni semua boleh pi mekah. tapi aku respect dengan sahabat ustaz dan ustazah...tekun dan tak pernah nampak letih walaupun aku tahu confirm letih. sempat lensa aku rakam kak sarimah , halimatun dan kak nisa dari pagi sampai ke malam dok masak  dalam bilik kh. kak azizah pun sama. yang lain dok tolong berniaga di luar.anisa, yati, suhaimi, mazlina,sadariah,nurulnisa, akmal,alawiyyah, hanin ( tahniah walaupun sedang sarat.rajin bakal zuriat tu nanti). ustaz yus naik pangkat dalam karnival jadi event manager . ust nokman buka klinik syifa'. tip top agihan tugas.apapun semua guru, aku nampak  membantu cuma tak dapat nak dituliskan. banyak sangat.

gerai jual makanan. adik bro zulfitri niaga ais hancur ( bahasa kg aku le ).



kelab kebajikan guru dan kakitangan berniaga air. kira punya kira dapat jugalah masuk dana al falah dan tabung guru sikit.dkt sini yang aku nampak azmi, budin, ust yus , akmal, chor salinder dan beberapa  rakan yang lain.

apapun tq ketua panitia kh kerana membenarkan bilik KH dijadikan food court.sapa ketua panitia ni? sifu hazami lerrr.kepada guru spbt pun sama yang memberikan kerjasama  menggunakan kawasan dan termasuk ketua panitia pj.adioshhh semua 

LENSA : KLIK DEWAN MAKAN ILP.

hal mi tak sabaq lagi dah. dia guru lelaki yang pertama mai berbaris untuk ambil makanan ( ha ha). kak edah nampak kamera terus get ready nak ambil gambar


walaupun sarat mengandung, pusp mai juga demi tanggungjawab latihan dalam perkhidmatan. norlia dok cakap apa dengan yus tu.....

apa kata mereka :

ku : aik banyak ambil nampak
kak edah : ni baru sikit jer ni. round one



bro sham, bro salinder, pk ko ko aku dan shamsul. student kelas elektrik. belajar proton dan neutron.

ok kawan-kawan dah boleh claim sehari ldp dalam kad biru. kita jumpa pada bulan jun untuk ldp di kolej komuniti. belajar memasak plak. lepas ni guru lelaki boleh jadi semua soleh masakkan untuk isteri.adioshhhhh

Monday, May 24, 2010

KETEKUNAN GURU HARUS DIJADIKAN CONTOH OLEH MURID

KETUA KELAS SIFU HAZAMI DOK RENUNG KAMERA. NAK BAGI TAU DIA TENGAH KUSYUK DALAM SESI PEMBELAJARAN.TENGOK TU, SEMUA MURID SEDANG TEKUN BELAJAR


PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN.YUS DOK KATA BAD SALAH UKUR. BAD PULA INGAT DIA DAH BETUL/............... HE HE

USTAZAH HANIN DAN BUDIN KUSYUK NAK CEPAT SIAPKAN HASIL KERJA


BIMBINGAN TERUS DARI TENAGA PENGAJAR



PERBINCANGAN TENTANG KEBERKESANAN PENJILIDAN. HALMI DAN LUTFI BERBINCANG UNTUK MENGHASILKAN BUKU YANG TERBAIK.

ADIOSHHH.........................

SUAPAN JASAMU TETAP KU KENANG

GB MENERIMA SUAPAN KEK DARI SALAH SEORANG PELAJAR BERTUAH PENDIDIKAN KHAS SKBTM. PIC TELAH KELUAR DALAM RUANGAN LENSA SINAR UTARA 23/5/2010


SEDAP..........TAPI AKU TAK BERAPA SUKA KEK SPAN. KEK FULL COKLAT AKU SUKA........... 

KERATAN AKHBAR BERKAITAN SAMBUTAN HARI GURU210 SKBTM

hebat juga guru dan murid skbtm. liputan menyeluruh dari akhbar sinar. siap bagi satu mukasurat penuh. tq sinar

akhbar utusan juga memberi ruang kepada sambutan hari guru skbtm.rezeki bagi bandar tasek. teruskan usaha wahai sahabat guru dan anak didik.

Sunday, May 23, 2010

KLIK LENSA.....LAWATAN KE SEKITAR TEMPAT PERCETAKAN

kan aku cakap guru perempuan aje yang gemor dengan bidang percetakan ni

halmi dengan lagak bucu katil........ha ha............tidak....halmi sedang tengok fungsi mesin


mesin penjilidan.asyik sifu hazami dok jeling mesin. ada niat nak beli satu letak dekat bilik KH


cik yanti asyik mendengar taklimat lect.......

adioshhhh kawan-kawan

LENSA......SNAP.....KANTOI.......APA KATA MEREKA


KU : encik boleh tak saya pi ke tandas. tak tahan dah ni. kalau kawan-kawan saya buat bising, encik catit nama yer. nanti saya report pada gb

cuba teka siapa ni......dok tekun membaca...apa kata kak jamaah." apa plak ni....macam mana nak jilid buku di pendidikan khas


bad sedang asyik ber sms ." sayang, abang balik lewat tau hari ini. abang makan di ilp jer. yang ....malam ni jangan lupa yer.kita pi makan bawal goreng di parit buntar........"

adioshhhhh kawan-kawan. gurauan senja