Friday, April 16, 2010

MUHASABAH KELAHIRAN


sememang semua insan mahukan kesempurnaan. Apabila mendengar sahaja perkhabaran bahawa si isteri telah mengandung, maka si bapa sudah pastilah seronok. Riuh diceritakan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bahawa si isteri telah mengandung. Harapan tinggi menggunung sudah pasti terpampang di wajah si bapa. Niat kedua dua mahukan anak yang bakal dilahirkan sihat, pandai, taat dan patuh dan segalanya. Hakikatnya, kesempurnaan insan adalah terletak kepada proses pendidikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa. Anak nakal, anak jahat dan anak tak taat semuanya kerana kedua ibu bapa dan guru. Bagaimana pula dengan masyarakat dan kerajaan?

Senario masyarakat akan menyalahkan kerajaan. Kenapa ianya berlaku ? kerajaan gagal mengawal lesen hiburan, tayangan di dalam televisyen dan sebagainya.Masyarakat terlupa siapa pula yang pergi dan gagal mengawal anak-anaknya? Tak kan nak halang ke pusat hiburan pun perlukan Perdana Menteri dan Pengetua.Menyalahkan orang lain bukanlah cara yang bijak. Renung diri kita sendiri. Bagaimanakah cara kita membesarkan anak kita. adakah dengan agama atau dengan wang ringgit. Kasih sayang tanpa dibajai agama akan memusnahkan nilai hakiki insan.

Justeru, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan taulan, renung diri sebagai asas kejayaan ummah.assalamualaikum.