Tuesday, April 27, 2010

PENANDA ARAS KEHADIRAN SKBTM

kehadiran adalah wajib..........(biasa dimaklumkan oleh ketua tadbir). bila bercakap soal kehadiran ianya terangkum kepada 3 sahaja yakni hadir, tidak hadir atau hadir lewat. Alasan adalah kembar kehadiran. Bila datang lewat, maka alasan akan disusulkan Aku juga pun kalau datang lewat mesti bagi alasan. Alasan mesti padu dan logik akal.Kegagalan memberikan alasan akan menyebabkan surat peringatan boleh dikeluarkan oleh ketua tadbir. Ada orang kata, rumah lagi dekat ,lagi datang lewat.betul ke analogi ini? salah kot atau tak semua macam tu. Ada juga yang lewat tapi tak lah melepasi waktu kecemasan.Mungkin lewat kerana masalah anak dan sebagainya. Tapi punca lewat ialah terbangun lewat.Kes -kes yang melibatkan kenderaan rosak dan kecemasan di tengah jalan adalah kes terpencil. Muhasabah untuk hadir awal perlu bagi diri aku dan kawan-kawan semua.Mungkin agak kontroversi perbincangan ini, tapi aku cukup suka di tegur demi kebaikan masa depan. Dunia titian ke akhirat. Al asr adalah nadi masa untuk kita bekerja.Bagi sekolah aku, kadar kelewatan harian tidaklah sampai 2%. kadang-kadang semua hadir sebelum waktu kecemasan.Rajin bangun awal cikgu-cikgu skbtm ni.