satu perkara yang paling aku bersyukur minggu ni ialah nak gabungkan antara waris dan murid dalam menjayakan misi solat sebagai indikator kejayaan. Bersyukur sangat pada Allah kerana esok (23/4/10) skbtm akan menempa sejarahnya yang tersendiri dengan menjadikan solat sebagai indikator kejayaan.Kejayaan panitia pendidikan Islam haruslah diberikan pujian. Banyak perkara yang ingin aku laksanakan di sekolah ini. Namun, pancaroba dan cabaran perlu dilalui dengan tabah. Niat aku ikhlas nak tolong anak bangsa aku dan agama aku. Bagi aku anak bangsa ini ialah anak murid aku yang belajar di sini tanpa mengira melayu, cina dan india. Agama pula, dah tentulah agama Islam. Ramai guru Islam yang muda muda di sekolah . Mereka bekerja untuk mencapai matlamat kecemerlangan. Ada juga yang terlalu rajin dan ada juga yang berat tulangnya. Biasanya, dalam nasi ada yang baik dan ada yang menjadi antah. Apapun, 23 dan 24/4/10 SKBTM akan menganjurkan kursus smart solat. semua guru terlibat sebagai FC. Murid india di bawah cikgu kanabathy akan handle Motivasi murid India bersama kumpulannya. Kanabathy bekas pengerusi Persatuan Kebudayaan India USM. Junior aku rupanya. Ada harapan nak jadi pemimpin masa depan. Ramai kawan aku yang rajin bekerja di sekolah ini. Akhirnya kami jadi satu group dan set up 1 syarikat. Nak tolong sekolah .......... : )
Aku dah berada di sekolah ni hampir 4 tahun. Perjuangan dengan kawan-kawan maka terhasillah Penubuhan Dana Al Falah. Aku letak dana ni bawah PIBG. Syukur bila murid Islam ada dana nak bangunkan diri. Murid India pula bersama-sama dalam mencemerlangkan sekolah. Aku cari juga dana untuk murid India. Aku cerita pada cikgu kana.Manakan tahu dia pun ada contact person yang baguih. Pelaburan PIBG dah menjangkau RM 27K. Bila la nak dapat RM ratus ribu ni untuk sekolah.
Apapun guru muda perlu kerja rajin. Tenaga untuk sekolah dan murid. Aku nak all out bantu sekolah. Dulu Tahun Pertama ngajar PJ dan Moral serta Kajian Tempatan. UBK pun kena jaga. Sekarang jaga UBK jer. Aku susun program dekat 100. Kerjasama dengan semua panitia tip top 100%.SKBTM boleh jadi sekolah contoh. Tapi bagaimana.........ada caranya untuk menempa kejayaan. Bukan hari ini. Tapi esok dan seterusnya.