memaparkan idea penulis tentang kemartabatan ummah dalam dunia pendidikan.sukar untuk berbicara tanpa pena yang berkuasa. namun menguasai mata pena adalah teras kepada menguasai dunia.
Wednesday, April 28, 2010
PERBINCANGAN GURU BERTUGAS.KOMITEDNYA DIA.....
cikgu saiful dan cikgu yanti berbincang tentang tugasan minggu.komited......
begitu serius cikgu saiful.mungkin ada sesuatu yang dibincangkan demi kebaikan tugasan harian.
" sCHEERENS ( 1992), KECEMERLANGAN SESEBUAH SEKOLAH TERTUMPU KEPADA LIMA FAKTOR IAITU KEPIMPINAN PENDIDIKAN YANG KUAT, PENEKANAN KEPADA PEMEROLEHAN KEMAHIRAN ASAS, PERSEKITARAN YANG TERSUSUN DAN SELAMAT,JANGKAAN PENCAPAIAN PELAJAR YANG TINGGI DAN PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA BERKALA.
AZAM PENDIDIK
Murid ialah sumber inspirasi kejayaan Murid ialah ahli doa yang mustajab Murid ialah sumber rezeki Tanpa murid tiadalah istilah guru Guru sedar bahawa dia sendiri ditakdirkan berguru Jangan Kecewa dan mudah leka Iltizam berterusan demi maruah agama dan mendidik anak bangsa
Saya berdoa kepada Allah agar segala bentuk kerja yang dilakukan di rahmati dan diberkati. Letih mendidik ialah nikmat berjuang.Ya Allah peliharalah perjuangan ilmu ini dengan pedoman mu .Amin.
SEBAHAGIAN AHLI KELUARGA ISTERI TERCINTA- KEMBARA PULAU UTARA
PROFILE RINGKAS
Berasal dari Kampung Deralik, Sitiawan Perak. Mendapat Pendidikan Awal di SK Kampung Sitiawan, Sitiawan Perak. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat sekolah menengah di SMK Ahmad Boestamam dari tingkatan 1 hingga ke 6 Atas.Dengan izin Allah saya dapat melanjutkan pengajian ke USM dalam bidang Sains Kemasyarakatan. Major di dalam Analisis Penyelidikan Sosiologi dan Minor di dalam Perancangan, Pengurusan dan Pembangunan.Pada tahun 2003 saya melanjutkan pengajian ke peringkat Master Sc Human Resource Development di UPM dan tamat pengajian pada November 2005. Tahun 2006, saya melanjutkan pengajian dalam bidang Bimbingan dan kaunseling sekolah rendah di Institut Perguruan Guru Ilmu Khas Kuala Lumpur dan dianugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan KPLI 2006( R).Rasa syukur sangat bila doa termakbul.Sekarang bertugas sebagai kaunselor sepenuh masa di SK Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan.