Pelbagai cara digunakan oleh guru dan pentadbiran sekolah untuk melatih murid supaya dapat mengikuti norma sekolah yang telah ditetapkan. Namun tidak semua murid mampu untuk mengikutinya. Mereka gagal kerana mungkin kerana mereka tidak faham penjelasan guru atau memang dah tabiat sebegitu. Bagi aku, tabiat boleh di ubah. Penjelasan berkali-kali amat perlu. Biarlah orang kata membebel, daripada penyakit menjadi barah. Alhamdulillah, SKBTM punya tahap disiplin di bawah kawalan. Masalah nakal kanak-kanak adalah sedikit , namun tidaklah sampai ke tahap yang memberikan impak buruk kepada sekolah. SKBTM bertindak dengan niat, mendidik dan bukannya suka-suka menjatuhkan hukuman kepada murid. Aku hormat cara unit disiplin atasi masalah.walaupun namanya unit disiplin, namun proses pendidikan berjalan dalam menegur murid yang bermasalah. Tugas aku sebagai kaunselor, membantu dan pastikan masalah boleh dikurangkan. Murid ialah rezeki pendapatan kepada guru . Tanpa murid tiadalah guru. Jadi, murid dan guru kena saling mendoakan kejayaan bersama.