Wednesday, February 10, 2010

KAMI MEMIMPIN

teringat sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa di usm pada era tahun 97/98. ketika iu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan reformasi.dsai telah dipecat dan sewaktu itu saya berada di post speaker mahasiswa usm. menjadi jurucakap mpp ketika itu dan saya memegang jawatan exco penerbitan.kali ini, saya bukan nak menceritakan hal sewaktu memimpin mppusm. tetapi saya melahirkan rasa utama saya bagaimana saya boleh mencapai tahap sehingga kini yakni sebagai seorang guru. bakat kepimpinan dibentuk dan di lentur sejak dibangku sekolah rendah lagi. insan yang bertanggungjawab membentuk bakat sedia ada murid ialah guru. guru mempunyai kepakaran sendiri di dalam membentuk diri anak muridnya.kesilapan membentuk generasi mendatang akan meninggalkan kesan yang buruk pada masa kini. justeru, jalan yang paling baik di dalam membina hubungan pembangunan insan dikalangan murid, ialah dengan memastikan bahawa semua guru, di dalam hati mereka ada perasaan sayang. sayangkan murid seperti anak sendiri dapat memacu keemerlangan murid tersebut. bersambung..................