Tuesday, April 27, 2010

KEMUDI YANG MEMBAWA ARAH TUJU ANAK KAPAL


SKBTM awal pagi hampir sama dengan semua sekolah yang terdapat di Malaysia. Murid akan datang seawal jam 6.45 pagi kemudian ada ke kantin, ada yang membuat kerja sekolah dan tidak kurang juga membuat kerja sekolah dengan meniru kawan.Pic ni aku ambil pagi tadi jam 7.10. kelihatan sekumpulan murid sedang berkumpul dan berbual. Apakah mereka telah siapkan kerja sekolah mereka? Mereka prihatinkah?jika tidak buat kerja sekolah , telunjuk jari nak salahkan guru , waris atau aku sebagai kaunselor?

Hakikat yang tidak dapat dielakkan dalam alam pendidikan awal kanak-kanak ialah sifat ingin dibimbing. Ini bermakna guru di dalam kelas telah menjalankan proses bimbingan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Bagi murid yang diam dan patuh, maka dia akan berjaya dan bagi murid yang tidak patuh dia akan gagal.Semua organisasi mempunyai ketua tadbir yang tersendiri. Organisasi di corak secara gaya pimpin ketua tadbir. Ada yang suka kepada musyawarah dan ada yang sukakan autokratik.Aku dengar juga keluhan kawan-kawan guru dari sekolah lain yang katakan, sukar betul nak cari duit nak buat program sekolah. Aku tanya mereka, apakah ketua tadbir hang menceritakan secara telus tentang PCG dan perkapita peruntukan untuk seorang murid di sekolah hang? Dia diam. Seorang guru yang tidak tahu haknya, maka guru tersebut akan terus dibohong dengan persekitaran perguruannya. NUTP dan semua badan perguruan harus memikirkan , bagaimana cara nak mencelikkan guru tentang hak mereka. Yang aku tahu, setakat ni semua guru berbicara soal bebanan tugas. Alih-alih pak guard juga yang dapat nak gaji kepada RM 1200 daripada RM 800.00. Pernah pak guard merungut tentang beban tugas dia? Dia merungut soal gaji dia.Guru berbeza dengan Pak Guard. Guru ada idealisme. Idealisme mesti membina perwatakan kematangan.

So, aku seru kepada semua rakan guru, fikir apa yang kita nak. Jangan fikir apa yang dah wajib kita buat. SKBTM bertuah kerana ada ketua tadbir dan guru-guru yang suka bekerja (he he .....betul aku cakap)70 % guru di SKBTM ialah guru muda antara 20an dan 30 an. Tapi mudakah fikiran kita?Adioshhhhhhhh