tanggal 22/6/2010 detik sejarah yang tidak dapat aku lupakan menjelang 5 tahun aku dalam dunia ibadah pendidikan. wah!!!begitu mencabar dunia pendidikan dan begitu busuknya hati manusia yang bersifat seperi haiwan tidak bertuan. bak serigala yang membaham mangsa yang tidak bernyawa..ada kawan kononnya kawan, tapi rupanya musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, api dalam sekam.sungguh seronok mereka melihat apa yang dirancang dengan niat hati busuk sehebat nanah khinzir yang tidak ternilai busuknya. lalu kumpulan penabur fitnah ini bermaharajalela agar sejarah sipuntum dan pak andak indut berulang.moga sejarah tok janggut kembali menyemarakkan bumi skbtm. amalan jatuhnya melaka dijuang semula.
puaslah hati segala penabur fitnah yang ingin menyatakan merekalah jaguh dan mereka yang menjadi talibarut kepada penabur fitnah cukup puas dengan gerak kerja mereka. persoalan aku , apakah mereka tidak percaya kewujudan Illahi? apakah mereka rasa perancangan mereka lebih hebat daripada Illahi? apakah mereka tidak tahu bahawa mereka juga dirancang kewujudannya oleh Illahi. sama juga aku yang disebut hamba Allah.wah!!! mereka begitu girang gembira. gempit gempita serunai dan nafiri bak halilintar membelah bumi untuk memfitnah aku. segala perancangan disusun rapi untuk memastikan aku terkena dengan makanan fitnah mereka.
susunlah kamu wahai kumpulan pemfitnah terhadap diri aku. aku yakin kamu bukan wakil Allah yang boleh menentukan nasib jatuh bangunnya aku. susunlah kamu dengan anjing-anjing gampangan yang kamu kenali dari sifat mazmumah mereka.maka sekalian manusia yang termasuk dalam kumpulan yang zalim ialah mereka yang menganiayai saudara mereka sendiri.tapi nak buat maca mana, orang dah tak faham agama. islam hanya pada keturunan semata-mata.
aku bersyukur kepada Allah, kerana inilah kali kedua fitnah jatuh kepada aku selepas serangan fitnah pertama dilemparkan pada tahun 2007/2008. Allah jua yang membantu. buat kali kedua serangan dilakukan dalam gerakan Jun 2010. sekali lagi aku berdoa agar mereka ini diberikan hidayah pada Allah. lalu kamu kena beringat seperti aku bahawa dunia ini adalah hambatan perjalanan kehidupan. apa telah cukup dengan kamu memfitnah aku dan berlakon dengan sebuah filem yang kononnya menunjukkan kamu seorang yang baik dan pemegang ijazah mahmudah?
aku syukur kerana tanggal 22/6/2010 membuka semula diari prinsip sebuah perjuangan. sungguh enak bermain dalam sebuah pentomen episod fitnah skbtm. aku tahu dan kamu juga tahu bahawa aku tahu kamu siapa. Lalu kamu dan aku kena beringat Allah lebih tahu perancangan jahat kamu. apakah kamu lebih hebat pada Allah? kamu hendak digolongkan dalam golongan namrud, abu jahal atau abu lahab?tapi itulah yang kamu cari. akan ku nukilkan kenangan ini dalam diari kehidupan sementara aku di dunia ini.
kepada mereka yang menjalankan tugas pada hari ini, aku kagum dengan kalian. demi Allah , aku yakin bahawa pentomen ini akan terus bermain selagi aku tidak keluar dari skbtm. kepada kamu semua, puaslah hati kamu dan kamu pun berasa bahawa kamu benar dan menang di dunia. tapi kamu ingat, wal akhirah ada jua pembalasannya. apa kamu hendak tengok aku berangkat meninggalkan skbtm. teruskan usaha jahat kamu dan tak perlu memfitnah aku. tak perlu habiskan masa yang panjang untuk menguji kepakaran lama kamu bagi menjatuhkan orang lain. merujuk kembali kepada kuasa Allah yang lebih dari kamu.ingin aku khabarkan berita gembira kepada kumpulan pemfitnah ini. aku akan permisi juga dari skbtm.tapi bukan kerana kamu. kerana perancangan Allah jika di qada kan buat diri aku.keputusan ini telah bermula januari 2010.cuma pucuk pangkalnya aku mahu ataupun tidak. telah lama aku mengidam untuk meneruskan perjuangan di agenda lain . aku benci dengan tali barut dan barua kamu di skbtm. aku berjanji , kepada semua talibarut ini, tidak ku halalkan segala perkongsian ilmu, makan minum dan segalanya untuk dihadamkan kepada tubuh badanmu. berbahagialah kamu dengan kumpulan pemfitnah ini. berbahagialah kamu. berbahagialah kamu. aku pasti, semuanya akan menuju jalan kesudahan alam dunia. apa kamu kurang pasti jalan ini?
Ya Allah jika ditakdirkan apa yang berlaku sebagai sebuah qadamu kepada ku, aku redha ya Allah. moga apa yang berlaku mematangkan diriku dan mempunyai hikmah di sebalik kejadian. la ila haillallah
adioshhh...jazakallah for all............maybe esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, aku pasti permisi meneruskan agenda perjuangan aku dalam lapangan yang lain. tak perlu kamu risau wahai sekalian talibarut dan pasukan pemfitnah skbtm.