masa lebih tajam dari mata pedang. kata pujangga masa itu emas. tapi, kenapa hanya dengan 5 minit sahaja manusia boleh melupakan masa untuk bersolat? lama tak 5 ke 10 minit tu jika dibandingkan dengan lewat masuk ke kelas untuk mengajar.perintah bersolat memulakan manipulasi masa. masa bergerak dalam kehidupan nabi saw dalam israk dan mikraj untuk menguji iman seorang islam. dari 50 waktu perintah bersolat berubah kepada 5 waktu . tapi walaupun sedikit sahaja 5 waktu sehari semalam, berapa ramai yang lalai, terlalai atau sengaja melalaikan? ada yang berguru kepalang ajar, tapi rusa yang dapat tidak berbelang di kaki.sepatutnya berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki........malangnya rusa pun tak dapat, pelanduk terlepas, kancil menyusup lari dan yang tinggal tikus yang bertempiaran ( boleh faham ke kawan-kawan?). analogi dan perumpamaan ialah bahasa lentok lidah yang didominasi akal.
masa yang berlalu dalam bulan Jun penuh dengan rahmah dalam hidupku. fitnah bagaikan mainan batu seremban dan kok kiak zaman kanak-kanak. kata lainnya fitnah yang berlalu bak ulam petai atau jering yang amat diminati oleh penggemar ulam. walaupun ulam itu pahit, tapi ianya ubat. walaupun fitnah itu pahit buat aku, tapi muhasabahnya telah hampir ku jumpai dengan zikrullah. seronok berzikir dan bermunajat. aku yakin kisah penduduk taif akan juga terpaut pada hati-hati para pemfitnah. Allah berkuasa kan.......kalau ikut kisah habil dan qabil maka manusia sebenarnya berperang dengan norma dengki, cemburu , hasad dan mazmumah. fitnah pada aku pun aku yakin samalah dengan kes qabil ke atas habil. apapun , ubatnya ada dalam kisah tauladan Nabi Adam a.s. bagi yang membaca sirah mereka akan tahu. tapi bagi yang langsung tak mahu baca sirah dan tak mahu mengaji sirah bagaimana?
ok aku akan sambung lagi. ada urusan di luar. moga Allah kuatkan zikrullah aku menentang bahana ini. syukur ya Allah.adioshhhh.........
murid tahun 6 skbtm, cikgu doakan kalian cemerlang. jangan lupa membaca, buat latihan dan ulangkaji.