inilah niat dan doa aku sejak menjadi seorang guru di skbtm. setiap hari berfikir cara bagaimana nak lahirkan murid yang pandai dan bijak menafsir alam.gambar di atas ialah murid tahun 6 ( 2010) skbtm yang join program ke unimap pada mac 2010. cadangnya tahun ini aku bawa pendekatan bermula dari universiti , pertengahan universiti dan penutup di universiti. namun, program ke usm pada mei 2010 terpaksa dibatalkan kerana usm dijadikan pusat perhimpunan palapes.aku harap akhir tahun nanti dapat bawa mereka pi uum plak. pendedahan awal amat penting dalam mencanai kecemerlangan anak bangsa. kita perlu dedahkan anak murid kita dalam konteks berfikir di luar kotak . biar anak murid kita pandai dan lebih pandai pada kita. biarlah mereka mengejar cita-cita mereka dengan iringan doa guru.mereka punyai cita-cita besar. mereka juga punyai harapan besar. soalnya....mampukah kita membawa mereka ke arah cita-cita mereka. ada juga di antara mereka yang cuai.tapi, kecuaian itu boleh dibimbing lagi. apapun, kita sendiri yang membawa acuan untuk mencipta pasu baru dalam alam warna warni kehidupan mereka. adioshh........