Thursday, August 12, 2010

MAKSUD SURAH AL BAQARAH AYAT KE 10

sebelum ini aku dah letakkan surah al lahab berkaitan sifat orang yang dengki apabila ia dengki.sekarang aku paparkan surah al baqarah ayat ke 10.


Ayat 10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Ayat 12 - Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

 kawan-kawan orang munafik amat ramai. depan dia jadi kawan dan belakang dia boleh jadi munafik. kata orang kampung aku bermuka-muka.depan dialah wira. semuanya dia berani , tapi rupanya dia tak berani buat pun. depan dia akan kata semuanya ok, tapi bila belakang semua jadi ko.orang munafik yang punyai hasad dengki pun ada di skbtm. nak kira dengan jari tangan pun dah cukup. tak perlu tambah jari kaki. yang dalam mesyuarat sembang bagai nak rak, tapi cara buat kerja macam ....masyaAllah.orang yang penakut ialah orang yang suka mengadu domba dan buat fitnah. dia takut dengan bayang-bayang sendiri. di skbtm aku ditunjukkan dengan beberapa manusia jenis ini.ada juga di kalangan 2 ke 3 orang waris. aku ulang 2 ke 3 orang waris. bukan semua waris. 2 ke 3 orang sahaja.itu pun yang aku tahu dan terbukti dah. oklah.........moga Allah beri pentunjuk kepada 2 ke 3 orang waris ni agar mereka faham erti ayat ke 10 al baqarah.adiosh............