dewasa ini aku tengok bebanan beg murid semakin bertambah. zaman aku dulu aku rasa lagi lagi bertambah. bawa beg seberat 5 ke 10 kilo sehari. tapi alhamdulillah beg yang aku kendong tu tidak menghampakan aku. bagi aku, untuk berjaya kita perlu berusaha. berjaya bukan datang dari keturunan. seorang bapa yang bekerja sebagai doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya tidak semestinya dia akan melahirkan anak yang sama cita-cita dengan nya. bakat semulajadi perlu diiringi dengan usaha.
murid pada hari ini segelintirnya kurang bertindak untuk berjaya. jika tidak berjaya siapa yang harus di salahkan. guru? atau tukang kebun? atau warisnya? aku juga seorang guru dan seorang waris.baru-baru ini prestasi akademik anak aku menurun sedikit. hidayah banyak dapat markah 85 ke atas. sepatutnya dia dah biasa apat 90 dan ke atas dan 100. kenapa ujian baru-baru ini dia menurun? aku nak salahkan guru seri tasek? maaf , cikgu tak salah, tapi ada kelemahan pada diri aku. aku nak buat trial run kalau hidayah tak mengulangkaji berapa dia boleh dapat. Pick up minda dia rupanya pada para 85 ke 90 sahaja. ini bermakna potensi mindanya boleh di asah. jika dia mengulangkaji 2 minggu sebelum , dia akan dapat 90 dan ke atas.
bagaimana dengan waris skbtm? bila anak anda kurang markah salahkan guru atau diri sendiri? saya mengaku kelemahan diri saya kerana bagi saya guru tidak pernah lahir untuk membodohkan diri anak muridnya.
kesan daripada markah ujiannya, hidayah nampak berubah mulai isnin lepas. mana tidaknya kena brain wash dengan ayah....he he...bukan apa. aku nak tengok anak aku berjaya. semua mak ayah nak tengok anak berjayakan?adioshhhhhh.........jangan lupa ajak anak berjemaah sekali. kalu mak ayah pun terlupa sembahyang, maka lepas ini solat ok, demi agamamu Islam.