Monday, July 26, 2010

YA ALLAH , AKU YAKIN DENGAN BANTUANMU DAN DOAKU DAN SELURUH AHLI KELUARGAKU.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



1.Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.


2.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.


3.Dari bahaya gelap apabila ia masuk.


4.Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).


5.Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
 
 
kawan-kawan, aku pun sedang menunggu bantuan Allah dalam usaha manusia memfitnah diriku selama ini. Allah menyebabkan tenangnya hatiku. Ya Allah, Tuhan Ku Yang Maha Agung dan Berkuasa.Teringat lagu qatrunnada ( Tuhan Cinta Agung).memang sahdu dan tepatnya bantuan Allah kepada hambanya.Tepat juga firman Allah di atas. semua ini berlaku kerana mereka dengki dengan apa yang sedang aku dan sahabat2 guru lain lakukan. mereka golongan pengkhianat agama dan juga pengkhianat bangsa. Cakap sahaja pasal agama tapi hatinya busuk bak bangkai yang tidak tertutup, bak nanah di mamah ulat. kejiiiiiiiiiiiii. laknatullah kamu wahai manusia yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.kamu berjumpa Allah begitu juga aku. di dunia kamu boleh lah bercakap besar, kononnya berkuasa besar. boleh hantar report sana dan sini.tapi dengan Allah nanti lidah kamu yang sendiri akan bercakap dan bukan kamu. ketika itu, kamu nak hantar surat report kepada siapa? kepada majikan aku? atau kepada iblis?. aku tak nak berdendam dengan kamu mahupun manusia lain. buatlah apa yang kamu nak buat asalkan kamu PUAS seperti puasnya kafir qurais menyiksa, bilal, sumayyah dan umat Islam yang lain.aku nak tolong anak murid aku yang juga anak KAMU.adioshhhhh