assalamualaikum kawan-kawan. seminggu dah tak menulis. mula2 cuti ( 4/6), aku ada urusan di alor setar, kemudian terus bergerak ke kuala lumpur petangnya tu.agak padat sikit perjalanan cuti ini. jumaat hingga ahad ( 4-6/6) aku ada di lembah kelang. isnin ( 7/6) aku balik semula ke pulau pinang. di pertengahan jalan kena saman tandatangan (kelajuan melebihi 125km sejam) dekat tanjung malim. masa ni kawan aku yang drive. dia lah yang kena tandatangan tapi, tempat kelajuan tu, aku yang bawa. he he. hari rabu ( 9/6) aku pi kedah semula .ada hal di alor setar. malamnya aku ada program di kulim. khamis ( 10/6) aku ambil ptk dan terus shoot ke melaka (bercuti selama 5 hari di johor -rumah mentua).selasa( 15/6) aku kena balik semula ke penang dan terus ke langkawi ada program di salah sebuah hotel di langkawi. khamis aku ada semula di penang dan sabtu( 19/6) aku akan bergerak ke satu destinasi khas bersama kawan2 dan ahli keluarga. kira-kiranya aku free semula malam ahad sehari semula masuk sekolah semula.hari ini aku ada di melaka. nak buat kerja sikit di tg keling.lawatan tapak untuk penilaian.untuk memudahkan pergerakan, aku bawa sekali ahli keluarga aku. jadi mereka kena ikut ler cara aku. semalam aku bawa keluarga pi makan di restoran arab ( saba) cyberjaya. tip top makanan arab. tak payah pi negara timur tengah.ok....aku pi sarapan dulu. ada di ayer keroh hari ni. melaka gawat dengan sukma.aku doakan moga semua kawan dan murid-murid diberkati Allah.
aku sebenarnya sedang mengira hari dalam menempuh perjalanan yang mungkin akan dihalatujukan bertepatan dengan cita-cita aku sejak dulu.nanti aku ceritakan pada kawan-kawan. assalamualaikum. adioshhh............