Wednesday, July 14, 2010

SEK MEN AHMAD BOESTAMAM, SITIAWAN PERAK


TUNTUTLAH ILMU
COGANKATA YANG MURNI
SEKOLAH MENENGAH AHMAD BOESTAMAM
SITIAWAN........
TEKUN BELAJAR
RAJIN BERUSAHA
JUGA TIDAK MEMBUANG MASA
BERSOPAN SANTUN
BERBUDI MULIA
ITULAH AMALAN KITA

bait-bait ayat lagu sekolah lama aku.  7 tahun aku bersekolah di sini. ramai kenalan. sekarang ada yang bergelar pensyarah, ada yang ambil phd dan pelbagai lagi. seronok masa zaman sekolah menengah. cabaran membina kekuatan diri dan cabaran di khalayak. kita boleh buat yang terbaik. akademik terbaik dan ko
kurikulum terbaik.resmi perjuangan ahmad boestamam ada pada jiwa bekas murid smab.gerakan perubahan dan pembaharuan.yang pastinya perubahan di bawa untuk kemajuan anak murid dan ummah. adiosh...

rupa-rupanya orang yang malas ni tak disukai orang. orang yang tidak disukai orang ni rupanya wajahnya pun tak berseri. dimana pergi nur mereka? di telan bumi atau belum menerima hidayah Illahi?guru suruh anak murid rajin.guru rajin tak???? :) untuk muhasabah diri aku sekali. tapi guru yang malas bukan ramai pun. 1000 dari sejuta. 3 ke 4 orang dari 70 orang.