Wednesday, April 28, 2010

JOM MAIN BOLA.SAMBIL BERMAIN, SAMBIL MENDERMA

kepada semua warga guru skbtm, hebahkan kepada kawan-kawan. labur rm 200 dapat rm 1200.sehari je bro. mana ada agensi kewangan yang boleh bagi pulangan macam ni. jangan lupa........hebahkan.pakat mai ramai-ramai....

PERBINCANGAN GURU BERTUGAS.KOMITEDNYA DIA.....

cikgu saiful dan cikgu yanti berbincang tentang tugasan minggu.komited......
begitu serius cikgu saiful.mungkin ada sesuatu yang dibincangkan demi kebaikan tugasan harian.


AWAL PAGI APA MURID SKBTM BUAT

setiap awal pagi, aku selalu melihat gelagat anak murid yang suka berkumpul dan bermain. inilah kanak-kanak. dunia mereka hanya dengan mainan. jarang sangat nampak murid sekolah rendah , masuk kelas atau duduk dikantin siapkan kerja sekolah atau buat latihan. jenuh juga aku dan kawan2 nak wujudkan budaya sukakan belajar. usaha ini dibuat secara berterusan. bukan hari ini tapi sejak tahun 2007 aku masuk ke skbtm lagi. penuh dengan onak dalam mengharungi cabaran mengubah dasar minda murid. kerterbiasaan mereka sukar untuk diganggu gugat. tapi, hentakan suruhan secara berterusan boleh mencairkan glasier jiwa kotor yang membaham sifat malas murid. semua perkara boleh berjaya jika konsisten dan ada istiqamah. kaizen di dalam bahasa jepun. buat yang terbaik untuk hari ini, esok dan seterusnya.ok, kawan-kawan mulakan hari bekerja dengan semangat dan senyuman. Allah memberkati kalian.pagi ni tak silap aku kenderaan paling awal masuk sekolah ialah cikgu siti mariam. x student usm. student usm suka datang awal ke sekolah la....budaya datang awal ke dewan kuliah.....  he he .jangan marah kawan-kawan. adioshhh.............

Tuesday, April 27, 2010

28 HINGGA 30 MEI 2010 TAHUN 6 KE USM :INSYAALLAH

tadi aku pi ke JPNPP hantar borang lawatan murid Tahun 6 ke USM. insyaallah 28 hingga 30 mei ni, skbtm akan buat kursus teknik menjawab upsr kali yang kedua. skbtm buat siri teknik menjawab upsr 3 kali setahun. setiap tahun aku akan bawa murid tahun 6 ke usm. 2007 ke usm transkerian, 2008 ke usm minden, 2009 ke usm minden dan 2010 pun nak bawa ke usm minden.banyak perancangan akademik yang ubk buat dgn unit kecemerlangan tahun 6.banyak ? maksud aku lebih pada 20 la. kalu tengok takwim akademik yang ubk buat bersama unit kecemerlangan, memang padat. ini tak termasuk kursus berbentuk nilai di tambah. tahun ni skbtm ada target tersendiri. nak capai 20 orang dapat 5A. amalan dhuha di mantapkan. solat zuhur berjemaah dimantapkan. doa harian pagi oleh guru dimantapkan. bacaan yassin setiap pagi jumaat dimantapkan. apa lagi yang dimantapkan....banyak sangat yang perlu dimantapkan. maksud mantap disini ialah menguatkan yang longgar.Antara yang bakal menyusul ialah :

1. mentor mentee cemerlang, galus dan jilus
2. gerak tumpu
3.gerak tempur
4. latih tubi berkala
5. muhasabah ramadhan
6. program "hanya 2 jam" sahaja ( sebulan sebelum upsr)
7. bimbingan 2 hala
8. analisis sikap belajar
9. solat hajat dan bacaan yassin bersama waris
10. projek khas akademi lepasan upsr ( 2 bulan dan terkandung kepelbagaian pengisian nilai di tambah pada diri murid )

adioshhhh..............

HONDA SIAPA NI???

apa yang aku lihat , di sekolah ni,ramai guru guna kereta luar negara termasuklah aku. kereta eropah yang aku nampak bmw jer. itu pun tauke azmi dan tauke budin yang pakai. honda yang aku tengok din ( PK Ko Ko ), ust suhaimi, kak norlida, anuar makmal,gb. Nissan pula ust nokman.jenama kereta tempatan yang paling glamour ialah waja, saga, myvy, kancil, kelisa,wira, persona,gen 2. toyota wish sir halmi yang pakai. sir anuar minat dengan kereta korea macam ustaz yusri.naza citra pun ada yang guna.kiranya guru-guru skbtm ni, guna kereta pelbagai . ala-ala citrawarna.ang penting kenderaan yang digunakan boleh membawa kita ke sekolah dan bawa keluarga ronda-ronda.bawa awek boleh tak ? boleh apa salah nyer...silakan......adioshhh...........

PENANDA ARAS KEHADIRAN SKBTM

kehadiran adalah wajib..........(biasa dimaklumkan oleh ketua tadbir). bila bercakap soal kehadiran ianya terangkum kepada 3 sahaja yakni hadir, tidak hadir atau hadir lewat. Alasan adalah kembar kehadiran. Bila datang lewat, maka alasan akan disusulkan Aku juga pun kalau datang lewat mesti bagi alasan. Alasan mesti padu dan logik akal.Kegagalan memberikan alasan akan menyebabkan surat peringatan boleh dikeluarkan oleh ketua tadbir. Ada orang kata, rumah lagi dekat ,lagi datang lewat.betul ke analogi ini? salah kot atau tak semua macam tu. Ada juga yang lewat tapi tak lah melepasi waktu kecemasan.Mungkin lewat kerana masalah anak dan sebagainya. Tapi punca lewat ialah terbangun lewat.Kes -kes yang melibatkan kenderaan rosak dan kecemasan di tengah jalan adalah kes terpencil. Muhasabah untuk hadir awal perlu bagi diri aku dan kawan-kawan semua.Mungkin agak kontroversi perbincangan ini, tapi aku cukup suka di tegur demi kebaikan masa depan. Dunia titian ke akhirat. Al asr adalah nadi masa untuk kita bekerja.Bagi sekolah aku, kadar kelewatan harian tidaklah sampai 2%. kadang-kadang semua hadir sebelum waktu kecemasan.Rajin bangun awal cikgu-cikgu skbtm ni.

WAKTU PAGI DAH MULA KERJA

jam 7.20 pagi pak omaq dah mula jalankan tugas buat salinan bahan guru.guru nak bagi bahan pada murid. Murid tolonglah bersyukur apa yang diberikan oleh guru.Pak omaq awai pagi kena mai sekolah sebab semua urusan di pejabat kena dia mulakan dulu. semua kunci ada kat dia. lewat kalu meloponglah cikgu...ha ha ( sorry ya pa omaq). apa pun semangat bangun awal haruslah di ambil panduan oleh semua yang berkhidmat untuk negara.adioshhhh...........

KEMUDI YANG MEMBAWA ARAH TUJU ANAK KAPAL


SKBTM awal pagi hampir sama dengan semua sekolah yang terdapat di Malaysia. Murid akan datang seawal jam 6.45 pagi kemudian ada ke kantin, ada yang membuat kerja sekolah dan tidak kurang juga membuat kerja sekolah dengan meniru kawan.Pic ni aku ambil pagi tadi jam 7.10. kelihatan sekumpulan murid sedang berkumpul dan berbual. Apakah mereka telah siapkan kerja sekolah mereka? Mereka prihatinkah?jika tidak buat kerja sekolah , telunjuk jari nak salahkan guru , waris atau aku sebagai kaunselor?

Hakikat yang tidak dapat dielakkan dalam alam pendidikan awal kanak-kanak ialah sifat ingin dibimbing. Ini bermakna guru di dalam kelas telah menjalankan proses bimbingan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Bagi murid yang diam dan patuh, maka dia akan berjaya dan bagi murid yang tidak patuh dia akan gagal.Semua organisasi mempunyai ketua tadbir yang tersendiri. Organisasi di corak secara gaya pimpin ketua tadbir. Ada yang suka kepada musyawarah dan ada yang sukakan autokratik.Aku dengar juga keluhan kawan-kawan guru dari sekolah lain yang katakan, sukar betul nak cari duit nak buat program sekolah. Aku tanya mereka, apakah ketua tadbir hang menceritakan secara telus tentang PCG dan perkapita peruntukan untuk seorang murid di sekolah hang? Dia diam. Seorang guru yang tidak tahu haknya, maka guru tersebut akan terus dibohong dengan persekitaran perguruannya. NUTP dan semua badan perguruan harus memikirkan , bagaimana cara nak mencelikkan guru tentang hak mereka. Yang aku tahu, setakat ni semua guru berbicara soal bebanan tugas. Alih-alih pak guard juga yang dapat nak gaji kepada RM 1200 daripada RM 800.00. Pernah pak guard merungut tentang beban tugas dia? Dia merungut soal gaji dia.Guru berbeza dengan Pak Guard. Guru ada idealisme. Idealisme mesti membina perwatakan kematangan.

So, aku seru kepada semua rakan guru, fikir apa yang kita nak. Jangan fikir apa yang dah wajib kita buat. SKBTM bertuah kerana ada ketua tadbir dan guru-guru yang suka bekerja (he he .....betul aku cakap)70 % guru di SKBTM ialah guru muda antara 20an dan 30 an. Tapi mudakah fikiran kita?Adioshhhhhhhh

Monday, April 26, 2010

Old Town Parit Buntar=Perbincangan Masa Depan

Jam 10.00 malam tadi aku sampai old town dgn budin dan yus.call sifu hazami, dia ada kes kecemasan.sampai old town dok tingkat atas.pekena white coffee ice.perhh sampai anak tekak. Budin cadang buat album utk sirah skbtm.album boleh ganti majalah sekolah kata budin. Ust yus kata ok, tapi kena komitmen.boleh ke skbtm buat majalah sekolah?letih bro nak cari bahan.org perak kata dedo....

Aku nak upload pic makan bertalam masa makan malam ukhuwah fillah. Kata ust yus pic tu ada pd ustazah nurul nisa.so, esok aku nak minta.kasi upload dlm ilmi islah.lepas ni ilmiislah akan jd paparazi skbtm.tunggu....skbtm dpt seorg guru baru.baru posting dari IBBA.senior halmi di uitm. Ok la...cikgu barukan. Mesti ada kelebihan.

Kami bertiga dok bincang hari guru.siapa ada idea bagi tau budin.segera tau.nak buat grand tahun ni.apa yg bezanya?kita buat perbezaan berdasarkan kemampuan. Yang penting janganlah kita suka serang belakang. Tak baik. Baik bagi idea daripada kata dibelakang.ubah minda ok.adioshhh.....

P/s mlm ni kawan aku seorg miss in action

SEKITAR SMART SOLAT 24/4/10

sukarelawan kolej komuniti nibong tebal.
mereka yang berjasa.jawatankuasa jamuan.......

menyusul pic2 lain.....

ALHAMDULILLAH. MAKAN MALAM UKHUWAH FILLAH DAN SMART SOLAT BERJAYA DILAKSANAKA

al fadhil ust yusri al....................
gelak sakan kem komander.........bina diri sebagai penghuluuzt ramlee nydp pibg imam solat maghribalhamdulillah waris +guru+murid =>1000 jugakomitmen waris. bagus waris skbtm tahun 4 dan 5


aku rasa syukur tak terhingga pada Allah kerana pada hari jumaat yang lalu ( 23/4/10) semua yang dirancang secara bersama dengan panitia pendidikan islam dan rakan-rakan berjaya dilaksanakan. tip top warga guru skbtm buat kerja untuk murid. semua dah ada bakat jadi ustaz.ramai yang jadi fc ldk smart solat. rupanya mereka hebat. cuma tak di cungkil dan tak di paksa kot. waris tahun 4 dan 5 cukup beri kerjasama yang amat baik. dalam sejarah program yang hadir hampir 1000 orang. juadah makanan habis. syukur ya Allah.ada lagi 4 program mega di bawah panitia pendidikan islam dan pibg. kuliah perdana siri 2 dgn ustaz kazim, berbuka puasa perdana /kuliah perdana siri 3, sambutan hari raya dan majlis korban perdana.

adioshhhh semua. tqvm pelatih kolej komuniti nibong tebal jurusan masakan.
guru balik jam 2 pagi........siapa yang tahu
guru tidur di sekolah siapa yang tahu ?
semuanya di balas pahala oleh Allah SWT.
yang tahu ikhlas kita ialah Allah.

jangan lupa menyumbang ke dalam dana al falah ntuk murid islam kita. assalamualaikum.

Friday, April 23, 2010

TAKLIMAT GURU BESAR UNTUK PAKATAN KENDURI UKHUWAH FILLAH

jam 7.30 pagi tadi GB memberi sedikit taklimat kepada semua guru lelaki tentang perjalanan gerak kerja bentara. harapan GB agar semua guru lelaki dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan meletakkan dasar gembira ketika melakukan kerja. cikgu azmi memaklumkan kepada semua rakan guru lelaki bahawa esok , semua jamuan ditanggung oleh penganjur bermula dengan sarapan.GB berharap agar semua guru dapat bersama-sama dalam majlis qiamullail.adioshhh semula.

p/s : tunggu laporan selanjutnya

MENGUKUR RENTAK KERJASAMA PAKATAN KENDURI UKHUWAH FILLAH SKBTM


kali ini aku bukan nak cerita pasal pakatan kenduri berkahwin. tapi just share tentang gerak kerja pakatan kenduri majlis makan malam ukhuwah fillah. malam ni 23/4/2010 malam yang penuh gerak kerja. pagi ni aku nak pi ambil ayam dan daging di kedai . big event broo................semuanya yang dijangka hadir dekat dekat 700 ke 800 orang. ketua memasak chef dari kolej komuniti. tenaga kerja sukarela dari kolej komuniti nibong tebal.baguslah kolej komuniti nibong tebal. tak sia sia kerajaan tubuh kolej komuniti. konsep sukarela adalah tajuk tesis master aku masa di upm. guru -guru lelaki adalah tulang belakang bentara. banyak keje nak buat ni. jika bentara lumpuh, sistem kenduri akan lumpuh. sedekahkan tenaga kalian untuk hari ini. guru tak boleh di paksa bekerja . nanti takut lapor dekat nutp sebab bebanan kerja. orang lain minta gaji naik, cikgu minta kurang bebanan. gaji tak payah naik.

kem komander kursus smart solat kali ini telah di walaqkan kepada al fadhil ustaz yusri ( jambi).timbalan kem ialah al fadhil ustaz azmi ( jangan dok selenga katanya....... pada kawan aku). soldadu perang ramai lagi. risau bro.........doa sahajalah untuk kejayaan hari ini. kejayaan bersama. ada kelemahan kita selesaikan dan bukan hentam dari belakang. tak baik meliwat ( dalam erti kata lain , kata kawan dari belakang ) kalu kata yang betul ok la utk muhasabah. tapi kalau salah...fitnah tu bro. aku bukan sahaja nak letihkan kawan-kawan. aku nak ubah.reform or islah. guru kena bersedia lakukan reformasi atau gerakkan islah.

ok...para bentara sekalian ....kita kerja ok malam ni. bro hazami, zul, ku, anuar, sir anuar, rahman, sham, suhaimi, akmal, shamsul, yusri, azhar, bad, fathi , amin, khusairi, saiful,halmi.wa harap lu all tunggu qiamullail bro. demi pahala dan kurangkan dosa. ( he he ).assalamualaikum.

p/s : tak lama lagi ada kawan aku nak bernikah seorang lagi. dapatlah pahala payung emas isterinya. siapa dia ????tunggu!!!!!!!!!

Thursday, April 22, 2010

1 SKBTM : MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Bagi SKBTM mudah caranya. Semua guru yang bekerja perlulah ke arah satu matlamat, satu visi dan satu harapan. Semua guru dan waris inginkan anak mereka berjaya. Murid juga inginkan mereka berjaya.Kata kuncinya ialah " BERJAYA'.Jadi, semua cara kerja ialah nak cari dan capai kejayaan. Bagaimana boleh memperolehi kejayaan? bukan semudah mencari cinta atau sesukar mencari minyak di dasar laut? semua orang boleh bercakap soal berjaya dan semua guru punyai pengalaman dalam mengecapi kejayaan. Boleh berkongsikah kejayaan kita? semuanya kena tanya sama hati dan emosi yang akan menyusun samada nak serius atau tidak dalam mengecapi kejayaan

PROJEK BESTARI SIRI 3/2010:UPSR CEMERLANG


Sasaran 5A/2010 = 20 orang
2009=  5A ,12 orang dan 4A 13 orang
2008 = 5A, 12 orang

Azam kami barisan guru SKBTM, biarlah cemerlang dunia dan cemerlang di akhirat. Setiap pagi berdoa untuk murid Tahun 6. Murid Tahun 6, doalah untuk semua guru...............

BUKAN MUDAH MEMBENTUK DISIPLIN MURID

Pelbagai cara digunakan oleh guru dan pentadbiran sekolah untuk melatih murid supaya dapat mengikuti norma  sekolah yang telah ditetapkan. Namun tidak semua murid mampu untuk mengikutinya. Mereka gagal kerana mungkin kerana mereka tidak faham penjelasan guru atau memang dah tabiat sebegitu. Bagi aku, tabiat boleh di ubah. Penjelasan berkali-kali amat perlu. Biarlah orang kata membebel, daripada penyakit menjadi barah. Alhamdulillah, SKBTM punya tahap disiplin di bawah kawalan. Masalah nakal kanak-kanak adalah sedikit , namun tidaklah sampai ke tahap yang memberikan impak buruk kepada sekolah. SKBTM bertindak dengan niat, mendidik dan bukannya suka-suka menjatuhkan hukuman kepada murid. Aku hormat cara unit disiplin atasi masalah.walaupun namanya unit disiplin, namun proses pendidikan berjalan dalam menegur murid yang bermasalah. Tugas aku sebagai kaunselor, membantu dan pastikan masalah boleh dikurangkan. Murid ialah rezeki pendapatan kepada guru . Tanpa murid tiadalah guru. Jadi, murid dan guru kena saling mendoakan kejayaan bersama.

GO HATYAI GO!!!! SKBTM JELAJAH SELATAN THAI

tu dia kawan-kawan aku yang jelajah sama-sama ke pantai songkla. ada cikgu budin, ku, hazami, my pk ko ko ( banyak bantu  untuk maksimumkan kejayaan murid), sifu kereta ( hazami), kak zainah ( sifu sains), khusairi ( orang kuat pendidikan khas ), rohana, al ustaz a fadhil yusri ( jambi), ustaz azmi  dll.

PROGRAM ZIARAH GURU SKBTM

cikgu budin dan azmi bersama saya melwat seornag murid yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat. oleh kerana saya dok ambil gambar, takdelah gambar saya dekat sini. kedua-dua guru ini banyak membantu gerak kerja belakang tabir skbtm.

p/s : tgh dok cari pic  chor salinder.....my friend......passwowd bukan Mokhtar( ha ha....tapi nak tomyam pok tek...nak tomyam poktek.....)tunggu yer chor salinder

KERETA IDAMAN ATAU KHAYALAN


SYUKUR PADA ALLAH.

Jun 2007 Guna Toyota Unser
Jun 2008 Guna Toyota Avanza
Jun 2009 Guna BMW 318i
September 2009 Guna Toyota Wish
Jun/ September 2010 Guna Toyota apa yer????alphard kot :)

ni semua racun berbisa mahaguru hazami dari KL. Cikgu SKBTM semua nak pakai kereta branded.Baguih juga dia bagi tau. Tidak dulu aku pun takut nak pakai BMW. La ni , boleh la cakap pasal BMW, merc, wish dan alphard. boleh teruskan pengajaran bro hazami

KURSUS SMART SOLAT SK BANDAR TASEK MUTIARA DAN PELANCARAN DANA AL FALAH


satu perkara yang paling aku bersyukur minggu ni ialah nak gabungkan antara waris dan murid dalam menjayakan misi solat sebagai indikator kejayaan. Bersyukur sangat pada Allah kerana esok (23/4/10) skbtm akan menempa sejarahnya yang tersendiri dengan menjadikan solat sebagai indikator kejayaan.Kejayaan panitia pendidikan Islam haruslah diberikan pujian. Banyak perkara yang ingin aku laksanakan di sekolah ini. Namun, pancaroba dan cabaran perlu dilalui dengan tabah. Niat aku ikhlas nak tolong anak bangsa aku dan agama aku. Bagi aku anak bangsa ini ialah anak murid aku yang belajar di sini tanpa mengira melayu, cina dan india. Agama pula, dah tentulah agama Islam. Ramai guru Islam yang muda muda di sekolah . Mereka bekerja untuk mencapai matlamat kecemerlangan. Ada juga yang terlalu rajin dan ada juga yang berat tulangnya. Biasanya, dalam nasi ada yang baik dan ada yang menjadi antah. Apapun, 23 dan 24/4/10 SKBTM akan menganjurkan kursus smart solat. semua guru terlibat sebagai FC. Murid india di bawah cikgu kanabathy akan handle Motivasi murid India bersama kumpulannya. Kanabathy bekas pengerusi Persatuan Kebudayaan India USM. Junior aku rupanya. Ada harapan nak jadi pemimpin masa depan. Ramai kawan aku yang rajin bekerja di sekolah ini. Akhirnya kami jadi satu group dan set up 1 syarikat. Nak tolong sekolah .......... : )

Aku dah berada di sekolah ni hampir 4 tahun. Perjuangan dengan kawan-kawan maka terhasillah Penubuhan Dana Al Falah. Aku letak dana ni bawah PIBG. Syukur bila murid Islam ada dana nak bangunkan diri. Murid India pula bersama-sama dalam mencemerlangkan sekolah. Aku cari juga dana untuk murid India. Aku cerita pada cikgu kana.Manakan tahu dia pun ada contact person yang baguih. Pelaburan PIBG dah menjangkau RM 27K. Bila la nak dapat RM ratus ribu ni untuk sekolah.

Apapun guru muda perlu kerja rajin. Tenaga untuk sekolah dan murid. Aku nak all out bantu sekolah. Dulu Tahun Pertama ngajar PJ dan Moral serta Kajian Tempatan. UBK pun kena jaga. Sekarang jaga UBK jer. Aku susun program dekat 100. Kerjasama dengan semua panitia tip top 100%.SKBTM boleh jadi sekolah contoh. Tapi bagaimana.........ada caranya untuk menempa kejayaan. Bukan hari ini. Tapi esok dan seterusnya.

Friday, April 16, 2010

MUHASABAH KELAHIRAN


sememang semua insan mahukan kesempurnaan. Apabila mendengar sahaja perkhabaran bahawa si isteri telah mengandung, maka si bapa sudah pastilah seronok. Riuh diceritakan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bahawa si isteri telah mengandung. Harapan tinggi menggunung sudah pasti terpampang di wajah si bapa. Niat kedua dua mahukan anak yang bakal dilahirkan sihat, pandai, taat dan patuh dan segalanya. Hakikatnya, kesempurnaan insan adalah terletak kepada proses pendidikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa. Anak nakal, anak jahat dan anak tak taat semuanya kerana kedua ibu bapa dan guru. Bagaimana pula dengan masyarakat dan kerajaan?

Senario masyarakat akan menyalahkan kerajaan. Kenapa ianya berlaku ? kerajaan gagal mengawal lesen hiburan, tayangan di dalam televisyen dan sebagainya.Masyarakat terlupa siapa pula yang pergi dan gagal mengawal anak-anaknya? Tak kan nak halang ke pusat hiburan pun perlukan Perdana Menteri dan Pengetua.Menyalahkan orang lain bukanlah cara yang bijak. Renung diri kita sendiri. Bagaimanakah cara kita membesarkan anak kita. adakah dengan agama atau dengan wang ringgit. Kasih sayang tanpa dibajai agama akan memusnahkan nilai hakiki insan.

Justeru, saya berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan taulan, renung diri sebagai asas kejayaan ummah.assalamualaikum.