Friday, July 30, 2010

MARILAH KITA WARGA SKBTM SEMUA BERAMAL DAN BERSEDEKAH

SUMBANGAN RAMADHAN DIBUKA UNTUK SEMUA.
HUBUNGI USTAZ AKMAL 019 5999409 ATAU USTAZAH NUR ANISAH 019 2375671

BERTAWAKKAL DAN MOHON AMPUN KEPADA ALLAH SWT
BANYAKKAN AMAL BERSEDEKAH.
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.
HEBAHKAN YA..........ADIOSHHHH

Wednesday, July 28, 2010

YAHOO!!!!!!!!!!!!GURU DG 41 HINGGA DG 48 BOLEH BERPOLITIK


LEPAS NI MAI SEKOLAH BOLEH TENGOK CIKGU LEKAT LOGO PARTI POLITIK YANG MEREKA SUKA
LEPAS NI BOLEH BERCAKAP SECARA TERBUKA
LEPAS NI BOLEH HENTAM SECARA TERBUKA
LEPAS BOLEH REBUT JAWATAN KETUA BAHAGIAN, KETUA CABANG DAN KETUA KAWASAN
APA LAGI YANG BOLEH DI AMBIL
MAKA MENGGELETARLAH SEGALA KEPIMPINAN PARTI AKARAN
MAKA RAMAILAH YANG BERBONDONG BONDONG MENGISI BORANG UMNO, PAS , DAP DAN PKR
KERJA DI SEKOLAH SILAP2 LEBUH
BERCAKAP SILAP2 MEWAKILI PAK MENTERI ATAU GABENOR BANK NEGARA
APAPUN TQ KERAJAAN DALAM HAL INI.

ISTIQAMAH MENCAPAI TARGET MARDHATILLAH


Barangsiapa menginginkan teman,cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan Kekayaan,cukuplah Qana'ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,cukuplah Al Quran menjadi simpanannya.
Barangsiapa tidak cukup dengan keempat - empat hal ini,cukuplah neraka baginya
 
" JIKA TAKUT DLAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DTEPI PANTAI"
JIKA TAKUT BERJUANG, JANGAN CAKAP SOAL RISIKO
BANTU ANAK DIDIK SELAGI TERDAYA
WALAUPUN KAMU DIFITNAH.

Monday, July 26, 2010

YA ALLAH , AKU YAKIN DENGAN BANTUANMU DAN DOAKU DAN SELURUH AHLI KELUARGAKU.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



1.Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.


2.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.


3.Dari bahaya gelap apabila ia masuk.


4.Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).


5.Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
 
 
kawan-kawan, aku pun sedang menunggu bantuan Allah dalam usaha manusia memfitnah diriku selama ini. Allah menyebabkan tenangnya hatiku. Ya Allah, Tuhan Ku Yang Maha Agung dan Berkuasa.Teringat lagu qatrunnada ( Tuhan Cinta Agung).memang sahdu dan tepatnya bantuan Allah kepada hambanya.Tepat juga firman Allah di atas. semua ini berlaku kerana mereka dengki dengan apa yang sedang aku dan sahabat2 guru lain lakukan. mereka golongan pengkhianat agama dan juga pengkhianat bangsa. Cakap sahaja pasal agama tapi hatinya busuk bak bangkai yang tidak tertutup, bak nanah di mamah ulat. kejiiiiiiiiiiiii. laknatullah kamu wahai manusia yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.kamu berjumpa Allah begitu juga aku. di dunia kamu boleh lah bercakap besar, kononnya berkuasa besar. boleh hantar report sana dan sini.tapi dengan Allah nanti lidah kamu yang sendiri akan bercakap dan bukan kamu. ketika itu, kamu nak hantar surat report kepada siapa? kepada majikan aku? atau kepada iblis?. aku tak nak berdendam dengan kamu mahupun manusia lain. buatlah apa yang kamu nak buat asalkan kamu PUAS seperti puasnya kafir qurais menyiksa, bilal, sumayyah dan umat Islam yang lain.aku nak tolong anak murid aku yang juga anak KAMU.adioshhhhh

TOLONG JANGAN KURANGKAN PAHALA KAUM ADAM YER. PLEASE........

aku ambil pic ni dari rakan blogger yang pandai grafik. so aku guna pic hang no........bagikaum hawa peliharalah diri baik-baik ok. kadang-kadang kaum adam ni lemah imannya dan tinggi pula syahwatnya. tang tinggi syahwat tu yang merisaukan. kalau dah pakai tudung, pastikan ttutuplah baik-baik. ini kadang-kadang pakai tudung, yang refleksi di dedahkan. lemahlah kaum adam melihatnya. tak tengok salah, da tengok susah hati. ishhh...........adioshhhh

Tuesday, July 20, 2010

SNAP SAMBUTAN IKRAK MIKRAJ...GUNA KAMERA BARU HALMI

ramai guru kena belajar cara guru-guru dari sekolah klster bekerja. kak nisa dan husband nya ust ramlee bila-bila masa untuk sekolah. ini baru seorang guru dari sekolah kluster mai tukaq sekolah sebab dah beli rumah di sebelah masjid kepala gajah. tq kak nisa
ust akmal penerima apc tahun 2010.cuba belajar cara dia bekerja. 
senyum dan letih ( mata stim.......je cikgu yus). bersama-sama dalam tindakan kerja.

adioshhh................

MENITI HARI , MENEMPUH KEJAYAAN, MENCAPAI CITA-CITA YANG DIHARAPKAN

" Pengalaman Telah Mendewasakan.... Mematangkan Fikiran..... Pahit Getir Yang Dilalui Guruku Sejati.... "
Ciptalah Kenangan Selagi Ada Kenangan Untuk Dicipta... Kerana Bila Tiba Masanya Kenangan Tak Lagi Dapat DiCipta...Kenangan Dahulu Akan Menjadi Pendamping Yang Paling Setia Buat Kita Di Kala Sunyi...Kenangan Yang Terindah Takkan Dapat Dihapuskan Di Kotak Minda Kita, Kerana Ia Akan Tersemai Dengan Suburnya Di Dalam Diri Kita Dan Takkan Terpadam Dek Zaman Kecuali Dengan Kuasanya Yang Satu...Kenangan Adalah Hak Peribadi Setiap Insan Dan ianya tidak Dapat Ditukar Atau DiPindah Milik...Maka Dengan Itu Akan Menjadi Hak Kita Sampai Bila-Bila Dan Jangan Biarkan Sesiapapun Merosakkannya

PENILAI UTAMA IALAH ALLAH DAN BUKAN MANUSIA
BIAR APA ORANG KATA DAN JANGAN SAMPAI HAIWAN PUN MENCERCA KITA DISEBABKAN KESOMBONGAN KITA KEPADA ALLAH

Monday, July 19, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR KERTAS BAHASA INGGERIS SIRI 2/2010

penceramah jemputan puan nor aini nor dari sk jawi. ketua pemeriksa kertas bahasa inggeris. tq cikgu kerana sudi mai skbtm buat kali kedua.
guru besar turut hadir bersama bagi melihat program teknik upsr yang pertam kali dibuat pada waktu malam
murid didedahkan dengan teknik yang betul dan tepat alam bahasa inggeris
murid diberi kesempatan berdialog dengan penceramah

apapun terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi meringankan tulang untuk hadir malam ke skbtm. aku kagum kalian. moga allah memberi keberkatan kepada kita semua .adioshhhh.................

Thursday, July 15, 2010

ALHAMDULILLAH...BUDAYA SOLAT BERJEMAAH MURID SKBTM


di mana jua mereka berada, murid skbtm pasti akan sedaya upaya mendirikan solat berjemaah. guru skbtm bagaimana? jangan lupa solat. kalau ada kawan terlupa nak solat, ajak dia solat sekali. kalu kaunselor lewat solat, tarbiyyah kaunselor sekali.adioshhhh.......

kenangan solat berjemaah di unimap

MELANGKAH KAKI KE MENARA GADING

inilah niat dan doa aku sejak menjadi seorang guru di skbtm. setiap hari berfikir cara bagaimana nak lahirkan murid yang pandai dan bijak menafsir alam.gambar di atas ialah murid tahun 6 ( 2010) skbtm yang join program ke unimap pada mac 2010. cadangnya tahun ini aku bawa pendekatan bermula dari universiti , pertengahan universiti dan penutup di universiti. namun, program ke usm pada mei 2010 terpaksa dibatalkan kerana usm dijadikan pusat perhimpunan palapes.aku harap akhir tahun nanti dapat bawa mereka pi uum plak. pendedahan awal amat penting dalam mencanai kecemerlangan anak bangsa. kita perlu dedahkan anak murid kita dalam konteks berfikir di luar kotak . biar anak murid kita pandai dan lebih pandai pada kita. biarlah mereka mengejar cita-cita mereka dengan iringan doa guru.mereka punyai cita-cita besar. mereka juga punyai harapan besar. soalnya....mampukah kita membawa mereka ke arah cita-cita mereka. ada juga di antara mereka yang cuai.tapi, kecuaian itu boleh dibimbing lagi. apapun, kita sendiri yang membawa acuan untuk mencipta pasu baru dalam alam warna warni kehidupan mereka. adioshh........

Wednesday, July 14, 2010

SEK MEN AHMAD BOESTAMAM, SITIAWAN PERAK


TUNTUTLAH ILMU
COGANKATA YANG MURNI
SEKOLAH MENENGAH AHMAD BOESTAMAM
SITIAWAN........
TEKUN BELAJAR
RAJIN BERUSAHA
JUGA TIDAK MEMBUANG MASA
BERSOPAN SANTUN
BERBUDI MULIA
ITULAH AMALAN KITA

bait-bait ayat lagu sekolah lama aku.  7 tahun aku bersekolah di sini. ramai kenalan. sekarang ada yang bergelar pensyarah, ada yang ambil phd dan pelbagai lagi. seronok masa zaman sekolah menengah. cabaran membina kekuatan diri dan cabaran di khalayak. kita boleh buat yang terbaik. akademik terbaik dan ko
kurikulum terbaik.resmi perjuangan ahmad boestamam ada pada jiwa bekas murid smab.gerakan perubahan dan pembaharuan.yang pastinya perubahan di bawa untuk kemajuan anak murid dan ummah. adiosh...

rupa-rupanya orang yang malas ni tak disukai orang. orang yang tidak disukai orang ni rupanya wajahnya pun tak berseri. dimana pergi nur mereka? di telan bumi atau belum menerima hidayah Illahi?guru suruh anak murid rajin.guru rajin tak???? :) untuk muhasabah diri aku sekali. tapi guru yang malas bukan ramai pun. 1000 dari sejuta. 3 ke 4 orang dari 70 orang.

Tuesday, July 13, 2010

Monday, July 12, 2010

AKU CUBA MENEMPUH RANJAU DENGAN ZIKRULLAH

masa lebih tajam dari mata pedang. kata pujangga masa itu emas. tapi, kenapa hanya dengan 5 minit sahaja manusia boleh melupakan masa untuk bersolat? lama tak 5 ke 10 minit tu jika dibandingkan dengan lewat masuk ke kelas untuk mengajar.perintah bersolat memulakan manipulasi masa. masa bergerak dalam kehidupan  nabi saw dalam israk dan mikraj untuk  menguji iman seorang islam. dari 50 waktu perintah bersolat berubah kepada 5 waktu . tapi walaupun sedikit sahaja 5 waktu sehari semalam, berapa ramai yang lalai, terlalai atau sengaja melalaikan? ada yang berguru kepalang ajar, tapi rusa yang dapat tidak berbelang di kaki.sepatutnya berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki........malangnya rusa pun tak dapat, pelanduk terlepas, kancil menyusup lari dan yang tinggal tikus yang bertempiaran ( boleh faham ke kawan-kawan?). analogi dan perumpamaan ialah bahasa lentok lidah yang didominasi akal.

masa yang berlalu dalam bulan Jun penuh dengan rahmah dalam hidupku. fitnah bagaikan mainan batu seremban dan kok kiak zaman kanak-kanak. kata lainnya fitnah yang berlalu bak ulam petai atau jering yang amat diminati oleh penggemar ulam. walaupun ulam itu pahit, tapi ianya ubat. walaupun fitnah itu pahit buat aku, tapi muhasabahnya telah hampir ku jumpai dengan zikrullah. seronok berzikir dan bermunajat. aku yakin kisah penduduk taif akan juga terpaut pada hati-hati para pemfitnah. Allah berkuasa kan.......kalau ikut kisah habil dan qabil maka manusia sebenarnya berperang dengan norma dengki, cemburu , hasad dan mazmumah. fitnah pada aku pun aku yakin samalah dengan kes qabil ke atas habil. apapun , ubatnya ada dalam kisah tauladan Nabi Adam a.s. bagi yang membaca sirah mereka akan tahu. tapi bagi yang langsung tak mahu baca sirah dan tak mahu mengaji sirah bagaimana?

ok aku akan sambung lagi. ada urusan di luar. moga Allah kuatkan zikrullah aku menentang bahana ini. syukur ya Allah.adioshhhh.........

murid tahun 6 skbtm, cikgu doakan kalian cemerlang. jangan lupa membaca, buat latihan dan ulangkaji.

Friday, July 2, 2010

YA ALLAH KURNIAKAN HAMBAMU INI KEKUATAN DAN RAHMAH

2 minggu telah hampir berlalu. aku bergelumang dengan dugaan demi dugaan. wah!!! memang hebat dunia pendidikan di alam sekolah kebangsaan. besar amalan PHD nyer. bukan PHD no flat kereta aku ok. tapi PHD= pingat hasad dengki guru melayu dan juga seorang dua waris melayu yang tak habis dengan mission mereka iaitu dendam dan cemburu. kata guru agama aku, orang yang memfitnah dan berdendam mereka ialah sahabat syaitan atau iblis. aku berpegang kepada pesanan ini. aku rasa dalam sekolah aku ada seorang dua guru yang berjiwakan syaitan atau iblis. tak kurang juga seorang dua manusia yang ibarat musang berbulu ayam. mereka ini kumpulan yang bacul dan takut berhujah dengan fakta. lalu mereka menggunakan kuasa iblis untuk melepaskan sarakah membabi buta mereka. fitnah dilemparkan. fitnah ibarat gula-gula dalam hidup mereka.

sekali lagi aku ulang.....apakah kamu tidak kenal Allah? maybe kamu pun aku rasa anggap Allah sebagai Tuhan untuk dipercayai sahaja atau Tuhan yang hanya untuk dilaungkan bila takbir hari raya. inilah manusia jahanam yang bakal menjadi penghulu api neraka. tak senang melihat kesenangan dan kemudahan orang lain. bila ajak sembahyang , tak mau sembahyang. bila anak tak sembahyang, dok marah kan guru yang tegur anaknya tak sembahyang.

apa lagi perancangan jahat golongan iblis ni nak lawan qada dan qadar Allah. kawan aku berkata tadi " md nor maybe cara terakhir mereka menggunakan SIHIR .aku jawab " jika itu takdirnya....aku yakin Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan Maha Agung , Tuhan Maha Agung...Takbir! Takbir! Takbir ! Allahhuakbar.mereka merancang fitnah ini, lalu mereka juga akan dimakan fitnah itu semula. apakah kamu tidak yakin dengan janji-jani Allah? macam mana nak yakin .....aku tahu kamu pun baca quran tak berapa betul. suruh belajar tak mau. suruh mengaji tak tahu. bila tengok kawan lain senang sikit, rajin sikit dan bersemangat nak tolong anak bangsa kamu, lalu kamu dengki. macam-macam la kamu kata.kamu fitnah aku dengan pelbagai episod.

WAHAI SAHABAT IBLIS LAKNATULLAH, AKU KENAL KAMU DAN KAMU JUGA TAHU AKU. AKU TAHU KAMU SAHABAT IBLIS LAKNATULLAH. AKAN BERSAKSI SEKALIAN ALAM, BAHAWA SEGALA SAHABAT IBLIS AKAN DIHANCURKAN ALLAH DIMUKA BUMI JUA. SEBELUM KAMU DIKUBURKAN, SEKALIAN ISI PERUT ALAM BERSAKSIKAN, SIAPAKAH KAMU , DAJJAL SEGALA DAJJAL YANG PALING ANGKUH DI BUMI INI. KAMU BERLAGAK UNTUK MENGERTAK. TAPI KAMU INGAT, APABILA DATANG GERTAKAN ALLAH KEPADA DIRI KAMU, KETIKA ITU KAMU AKAN TERKHAYAL DI AMBANG MAUT. KAMU JUGA AKAN BERDEPAN DENGAN ALLAH BEGITU JUGA AKU.KAMU BERBOHONG DI ALAM  NYATA KEPADA SUAMI DAN ISTERI KAMU. ADAKAH KAMU SEDAR KAMU SEDANG BERSANDIWARA DENGAN DOSA KINI DAN SELAMANYA?SUDAHLAH. APAKAH AKAN TIBA SATU KETIKA NANTI KAMU AKAN MEMINTA TOONG KEPADA MANUSIA LAIN SELAIN ALLAH WAHAI KUMPULAN DAJJAL?

SEKARANG setiap hari  aku datang sekolah dan berfikir " apalah yang aku kena tanya untuk hari ini.sebelum ini aku datang ke sekolah, aku akan bertanya pada diriku..hari ini aku nak buat proram dan tindakan untuk anak murid aku ke arah kejayaan. golongan ini telah mengganggu cita-citaku bersama rakanku untuk memajukan sekolah. celaka sungguh kamu.celaka sungguh kamu.celaka sungguh kamu. wahai manusia berhati iblis , kamu sedar lah sikit aku nak tolong anak kamu di sekolah ini. kau faham bangsat!!!!kau jangan nak jahanamkan nasib 1000 orang murid yang lain. kalau kau tu dah bengap dan tak tahu buat kerja, duduk diam-diam. dasar pemalas ......duduk diam-diam. jangan bertabii kan iblis.........

ok adioshhhh ....aku menanti gelombang kedua serangan kumpulan berhati iblis ini. kamu ingat wahai manusia berhati iblis, kamu ingat, kamu ingat!!!!!!Allah itu berkuasa dari perancangan jahat fitnah kamu.