Monday, February 8, 2010

CIKGU DI BULI CIKGU DAN WARIS ?

arakian bermula sebuah cerita dalam zaman serba moden ini ada dikalangan guru yang dibuli waris,ada yang di tampar,ada yang ditumbuk dan ada yang di saman.januari 2010 sahaja sistem perguruan disajikan dengan mehnah dan tribulasi yang amat dahsyat.ada guru yang memberitahu kepada saya bahawa mereka juga dibuli pentadbir dalam hal pemberian markah prestasi.markah prestasi dijadikan senjata ugutan untuk menilai guru.nak buat macam mana,mereka berkuasa kata kawan saya. " saya kata....mereka berkuasa????siap beri mereka kuasa?macam mana mereka memainkan peranan dalam hal berkuasa? " oklah saya terima pandangan anda.tapi,sampai bila guru biasa akan terus dibuli?kita nampak waris membuli guru.tapi hal guru dibuli guru ...bagaimana? ada kes tak?

hal membuli bukanlah satu perkara yang luar biasa.kewibawaan seorang guru adalah petunjuk sama ada dia layak dibuli atau tidak.jika guru dibuli,apakah peranan kesatuan guru.saya ada dengar cerita tentang guru melayu yang dinilai prestasinya dengan nilaian yang amat rendah oleh majikan bukan bumiputra. ada juga kes guru melayu yang dah dapat PTK 4  DAN 4 pun tidak dapat diuruskan kenaikan pangkatnya sebab prestasi tahunan 3 tahun berturut-turut dinilai dalam keadaan separa tidakbaik oleh majikannya.kenapa ini perlu berlaku? guru bukan nak sangat APC,tapi guru mahukan prestasi selama 3 tahun berturut turut dalam keadaan baik untuk menyambung pengajian.kenapalah ada majikan yang kedekut markah sangat? 

untuk itu,jalan penyelesaiannya mudah sahaja.semua guru ,majikan dan waris perlu ada akauntibiliti dan kemahuan untuk mempunyai perasaan ihsan sesama manusia.buang sifat mazmumah yang melampau di dalam membuat penilaian.barulah mahmudah menguasai jiwa.