Tuesday, February 9, 2010

MANIPULASI UMMAH AKHIR ZAMAN

senario yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini sudah pastinya tidak menyamai keadaan yang berlaku satu ketika dahulu.dahulu murid bertemu guru, sudah pastilah murid akan lari.hari ini  murid bertemu guru,sudah pastilah murid akan berkejar ke arah guru. apakah punca kepada perubahan yang berlaku?apakah kerana pedagogi pada guru dahulu tidak sama dengan pedagogi guru sekarang?semua sedia maklum bahawa tugas keguruan sering dimanipulasi oleh individu tertentu.individu yang dimaksudkan ialah seperti keluarga,waris dan pentadbiran.semuanya berkisar kisah insan. insan mempengaruhi insan dan bukannya cuaca mempengaruhi guru.jarang kita lihat kes guru marahkan murid apabila musim panas berlaku atau mood guru berkurang bila musim hujan.sesungguhnya senario cuaca tidak mempengaruhi tindak tanduk guru.

guru menjadi penentu kepada generasi atau ummah akhir zaman.selepas keluarga dengan misisnya tersendiri,maka guru menyambung misi mereka terhadap anak didik.tapi ada yang gagal sekiranya istiqamah tidak dijadikan landasan. ada yang ambil sambil lewa dan ada rasakan aku sudah menjadi guru,maka tindak tanduk ku sudah pastilah mahu membina anak bangsaku. ummah menjadi penentu? polemik ayat yang tersirat.ummah yang bagaimana boleh mempengaruhi?

jawapannya,adalah bersandarkan kepada nilai budi guru, nilai budi waris dan nilai budi masyarakat. akhirulkalam,kepada siapakah kita pertanggungjawabkan dalam hal generasi mendatang?kepada guru, waris ,masyarakat atau kerajaan ?