Monday, January 18, 2010

KESATUAN GURU, MURID VS SUARA GURU

seperjalanan aku pulang ke rumah lewat pagi semalam, mendedahkan aku erti sebuah episod suara guru, kata kawanku, suara guru di bawa oleh kesatuan guru.kesatuan guru adalah lambang suara guru. guru perlu masuk kesatuan guru. macam-macam yang kawan aku suruh.aku dah jadi guru. tapi sehingga kini tiada akta melindungi guru kerana tugas guru adalah sebagai pendidik dan guru juga adalah kakitangan yang melaksanakan akta pendidikan. minggu lepas, aku tidak terkejut dengan kisah guru di serang murid kerana guru tersebut dikatakan menampar murid tersebut. lalu, satu laporan polis telah dibuat. hebat murid dan waris hari ini. kenapa murid kurang ajar? persekitaran atau faktor waris? aku juga waris dan aku juga punyai arwah ibu dan ayah yang pernah menjadi waris kepada diriku sewaktu aku bersekolah. waris hari ini terlalu mengharapkan sekolah. mereka tidak sedar, anak mereka hanya 4 jam sahaja di sekolah dan lebih lama di rumah.kenaa semua ini berlaku? lalu kata kawan aku, perkara ini berlaku kerana sistem pendidikan sekular? aku bertanya kepada dia...sekular? kalau begitu kau berjaya jadi guru sebab seular inilah. dan kaulah yang mensekularkan anak murid....dia tergamam.....

sekolah agama tak sekular? sekolah agama pas tak sekular? sekolah swasta tak sekular? apa yang sekular ini?kita berincang soal polemik dan bukannya fantasi bual kedai kopi. suka menyalahkan sistem samala seperti menyalahkan takdir. sistem tetap sistem. orang islam tinggal di london, kenapa tak marah kerajaan england amalkan sekular? orang jepun berjaya kerana pendidikan sekular atau pendidikan sekolah agama rakyat? kenapa fikir yang cetek....aku sampaikan kepadanya kisah anak sedara kawan baik aku. dia belajar di sekolah agama di perak . dan aku pernah jumpa depan mata aku sendiri berulang kali.maka ayah nyer pun orang kuat parti menggunakan nama Islam. dalam sekolah bertudung labuh. tapi luar sekolah.....mak ai.....tak kelip mata bila tengok. aku sendiri pernah berceramah di salah sebuah sekolah agama di bagan datoh pada tahun 2001. boleh budak sekolah agam tunjuk fuck sebab tegur dia supaya diam. dia rasa tercabar.

kawan aku cakap, itu kes terpencil. nak aku ceritakan kes terbesar. anak murid aku masuk sekolah agama di pulau pinang.minggu lepas jumpa ayah nyer di masjid. aku bertanya pasal anaknya. dia kata...susah cikgu.dalam sekolah tu pun ada pasukan budak yang tak boleh dikawal. ni kes budak tingkatan satu.aikkkk cikgu sekolah agama tak boleh kawal budak tingkatan satu?

APA YANG INGIN AKU KONGSIKAN MUDAH SAHAJA. JIKA MURID BERSALAH MENGAPA SELALU SALAHKAN GURU DA SISTEM? KENAPA TAK NAK TUNJUKKAN SALAH TU PADA ANAK SENDIRI DAN KELEMAHAN DIRI KITA SEBAGAI WARIS. PERCAYALAH PADA QURAN. QURAN DAH KATA YANG MENCORAKKAN ANAK ITU IALAH IBU BAPANYA NAK JADI YAHUDI, MAJUSI ATAU NASRANI. TUGAS GURU MEMBANTU TUGAS WARIS. AKU ULANG...TUGAS GURU MEMBANTU TUGAS WARIS DALAM PENDIDIKAN. SAMALAH. ANAK AKU PUN DI BANTU OLEH GURU DISEKOLAHNYA. AKU SYUKUR.THATS ALL I WANT TO SAY.....