teringat sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa di usm pada era tahun 97/98. ketika iu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan reformasi.dsai telah dipecat dan sewaktu itu saya berada di post speaker mahasiswa usm. menjadi jurucakap mpp ketika itu dan saya memegang jawatan exco penerbitan.kali ini, saya bukan nak menceritakan hal sewaktu memimpin mppusm. tetapi saya melahirkan rasa utama saya bagaimana saya boleh mencapai tahap sehingga kini yakni sebagai seorang guru. bakat kepimpinan dibentuk dan di lentur sejak dibangku sekolah rendah lagi. insan yang bertanggungjawab membentuk bakat sedia ada murid ialah guru. guru mempunyai kepakaran sendiri di dalam membentuk diri anak muridnya.kesilapan membentuk generasi mendatang akan meninggalkan kesan yang buruk pada masa kini. justeru, jalan yang paling baik di dalam membina hubungan pembangunan insan dikalangan murid, ialah dengan memastikan bahawa semua guru, di dalam hati mereka ada perasaan sayang. sayangkan murid seperti anak sendiri dapat memacu keemerlangan murid tersebut. bersambung..................
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
MANIPULASI UMMAH AKHIR ZAMAN
senario yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini sudah pastinya tidak menyamai keadaan yang berlaku satu ketika dahulu.dahulu murid bertemu guru, sudah pastilah murid akan lari.hari ini murid bertemu guru,sudah pastilah murid akan berkejar ke arah guru. apakah punca kepada perubahan yang berlaku?apakah kerana pedagogi pada guru dahulu tidak sama dengan pedagogi guru sekarang?semua sedia maklum bahawa tugas keguruan sering dimanipulasi oleh individu tertentu.individu yang dimaksudkan ialah seperti keluarga,waris dan pentadbiran.semuanya berkisar kisah insan. insan mempengaruhi insan dan bukannya cuaca mempengaruhi guru.jarang kita lihat kes guru marahkan murid apabila musim panas berlaku atau mood guru berkurang bila musim hujan.sesungguhnya senario cuaca tidak mempengaruhi tindak tanduk guru.
guru menjadi penentu kepada generasi atau ummah akhir zaman.selepas keluarga dengan misisnya tersendiri,maka guru menyambung misi mereka terhadap anak didik.tapi ada yang gagal sekiranya istiqamah tidak dijadikan landasan. ada yang ambil sambil lewa dan ada rasakan aku sudah menjadi guru,maka tindak tanduk ku sudah pastilah mahu membina anak bangsaku. ummah menjadi penentu? polemik ayat yang tersirat.ummah yang bagaimana boleh mempengaruhi?
jawapannya,adalah bersandarkan kepada nilai budi guru, nilai budi waris dan nilai budi masyarakat. akhirulkalam,kepada siapakah kita pertanggungjawabkan dalam hal generasi mendatang?kepada guru, waris ,masyarakat atau kerajaan ?
Monday, February 8, 2010
CIKGU DI BULI CIKGU DAN WARIS ?
arakian bermula sebuah cerita dalam zaman serba moden ini ada dikalangan guru yang dibuli waris,ada yang di tampar,ada yang ditumbuk dan ada yang di saman.januari 2010 sahaja sistem perguruan disajikan dengan mehnah dan tribulasi yang amat dahsyat.ada guru yang memberitahu kepada saya bahawa mereka juga dibuli pentadbir dalam hal pemberian markah prestasi.markah prestasi dijadikan senjata ugutan untuk menilai guru.nak buat macam mana,mereka berkuasa kata kawan saya. " saya kata....mereka berkuasa????siap beri mereka kuasa?macam mana mereka memainkan peranan dalam hal berkuasa? " oklah saya terima pandangan anda.tapi,sampai bila guru biasa akan terus dibuli?kita nampak waris membuli guru.tapi hal guru dibuli guru ...bagaimana? ada kes tak?
hal membuli bukanlah satu perkara yang luar biasa.kewibawaan seorang guru adalah petunjuk sama ada dia layak dibuli atau tidak.jika guru dibuli,apakah peranan kesatuan guru.saya ada dengar cerita tentang guru melayu yang dinilai prestasinya dengan nilaian yang amat rendah oleh majikan bukan bumiputra. ada juga kes guru melayu yang dah dapat PTK 4 DAN 4 pun tidak dapat diuruskan kenaikan pangkatnya sebab prestasi tahunan 3 tahun berturut-turut dinilai dalam keadaan separa tidakbaik oleh majikannya.kenapa ini perlu berlaku? guru bukan nak sangat APC,tapi guru mahukan prestasi selama 3 tahun berturut turut dalam keadaan baik untuk menyambung pengajian.kenapalah ada majikan yang kedekut markah sangat?
untuk itu,jalan penyelesaiannya mudah sahaja.semua guru ,majikan dan waris perlu ada akauntibiliti dan kemahuan untuk mempunyai perasaan ihsan sesama manusia.buang sifat mazmumah yang melampau di dalam membuat penilaian.barulah mahmudah menguasai jiwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)