Wednesday, January 13, 2010

BUMI YANG ADIL BAGI PENDIDIK

terpancar di mata bumi erti kedamaian yang abadi. apa erti dijadikan bumi oleh Allah sekiranya tiada hamba yang bakal memakmurkan bumi.jika di nilai erti bumi pada hamba, maka hamba akan berkata dibumilah tempat aku bermadu kasih sama ada mencari taqwa atau mencari dunia.beruntunglah bagi hamba yang mencari taqwa dan rugilah hamba yang hanya nampak bumi sebagai medan mencari dunia. anak didik sebagai hamba Allah haruslah disulami dengan nilai kasih sayang. kanak-kanak tidak belajar dengan sendirinya melainkan ada guru yang mengajarnya. guru yang sesat, akan menyesatkan anak didiknya. di malaysia, nak jadi guru perlu ada kelulusan ikhtisas seperti KPLI, Diploma perguruan, ijazah perguruan dan dahulu sijil perguruan. maka berbondong-bondonglah hamba Allah yang meminati bidang ini berjuang ke arah untuk mendapatkan tempat sebagai guru. persaingan , kekebalan dan tak kurang juga kabel yang menjadi paksi utama sesetengah pihak. ada kawan aku kata " tanpa kabel, susah nak jadi guru? betul ker?kalau itu indikatornya, maka nilai yang dia ajar nanti adalah nilai ketelusan orang yang membantunya. tapi bagaimana pula bagi guru yang masuk ke bidang perguruan akhirnya mendatangkan masalah kepada bidang itu?

GURU JENIS INI KATA KAWAN AKU BOLEH CARI SATU KONTENA? aku gelak jer.........satu kontena tu banyak bro........apapun hakikat seorang guru tidaklah semudah belajar nak dapat ikhtisas perguruan.belajar yang penuh dengan retorika tidak dapat menembusi dunia realiti guru.guru kerja yang unik. bidang perguruan lagi unik.hirarki guru pun unik. kadang-kadang ada yang menjadi maharaja lebih daripada yang maha kuasa. ada yang kata lebih baik jadi guru besar atau pengetua. punca kuasa ada pada mereka. tapi punca dosa pun ada pada mereka. mereka pemimpin. bukan senang nak pikul tanggungjawab. bagi mereka yang nampak jawatan sebagai punca kuasa, maka mereka akan dapat kuasa sahajalah. tapi bagi mereka yang nampak jawatan sebagai tanggungjawab, maka mereka sudah pasti tak senang duduk dan tak lena tidur.


ini amanah dunia keguruan

 guru juga banyak persatuan.ada nutp, ada kgmbb, ada kesatuan guru lepasan maktab dan pelbagai lagi. kesatuan guru perjuang nasib guru atau gaji guru?gaji guru adalah nasib guru? jika itu indikatornya maka guru malaysia landasan perjuangannya ialah gaji.wah!!!! seronok betul jadi guru sebab kesatuan dok fikir bagaimana nak tolong ubah gred gaji. yang lain apa kesatuan buat? kata pemimpin kesatuan ..." banyak yang dah kami buat..." tapi apa dia ?? tak terkira dengan jari tangan dan kaki.....oklah aku accept tu...tapi, adalah kesedihan. sebab apa cikgu? sebab dari dulu sehingga sekarang cikgu terdedah dengan tindakan undang-undang.takut pula jadi guru. tapi, aku dah terbiasa dengan undang-undang.apa nak takut. berani kerana benar ..takut kerana salah. membujur lalu, melintang patah, ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.oklah setakat ni dulu pandangan aku tentang  mehnah dunia seorang guru.banyak lagi. tapi tunggu...........tq arwah mak ngah mariam binti muda ( guru yang ajar aku erti pelajar di sk kg sitiawan). aku nak ambil contoh dia mengajar dan cara dia mendidik pelajar.ini janji aku..........