Monday, January 18, 2010

KESATUAN GURU, MURID VS SUARA GURU

seperjalanan aku pulang ke rumah lewat pagi semalam, mendedahkan aku erti sebuah episod suara guru, kata kawanku, suara guru di bawa oleh kesatuan guru.kesatuan guru adalah lambang suara guru. guru perlu masuk kesatuan guru. macam-macam yang kawan aku suruh.aku dah jadi guru. tapi sehingga kini tiada akta melindungi guru kerana tugas guru adalah sebagai pendidik dan guru juga adalah kakitangan yang melaksanakan akta pendidikan. minggu lepas, aku tidak terkejut dengan kisah guru di serang murid kerana guru tersebut dikatakan menampar murid tersebut. lalu, satu laporan polis telah dibuat. hebat murid dan waris hari ini. kenapa murid kurang ajar? persekitaran atau faktor waris? aku juga waris dan aku juga punyai arwah ibu dan ayah yang pernah menjadi waris kepada diriku sewaktu aku bersekolah. waris hari ini terlalu mengharapkan sekolah. mereka tidak sedar, anak mereka hanya 4 jam sahaja di sekolah dan lebih lama di rumah.kenaa semua ini berlaku? lalu kata kawan aku, perkara ini berlaku kerana sistem pendidikan sekular? aku bertanya kepada dia...sekular? kalau begitu kau berjaya jadi guru sebab seular inilah. dan kaulah yang mensekularkan anak murid....dia tergamam.....

sekolah agama tak sekular? sekolah agama pas tak sekular? sekolah swasta tak sekular? apa yang sekular ini?kita berincang soal polemik dan bukannya fantasi bual kedai kopi. suka menyalahkan sistem samala seperti menyalahkan takdir. sistem tetap sistem. orang islam tinggal di london, kenapa tak marah kerajaan england amalkan sekular? orang jepun berjaya kerana pendidikan sekular atau pendidikan sekolah agama rakyat? kenapa fikir yang cetek....aku sampaikan kepadanya kisah anak sedara kawan baik aku. dia belajar di sekolah agama di perak . dan aku pernah jumpa depan mata aku sendiri berulang kali.maka ayah nyer pun orang kuat parti menggunakan nama Islam. dalam sekolah bertudung labuh. tapi luar sekolah.....mak ai.....tak kelip mata bila tengok. aku sendiri pernah berceramah di salah sebuah sekolah agama di bagan datoh pada tahun 2001. boleh budak sekolah agam tunjuk fuck sebab tegur dia supaya diam. dia rasa tercabar.

kawan aku cakap, itu kes terpencil. nak aku ceritakan kes terbesar. anak murid aku masuk sekolah agama di pulau pinang.minggu lepas jumpa ayah nyer di masjid. aku bertanya pasal anaknya. dia kata...susah cikgu.dalam sekolah tu pun ada pasukan budak yang tak boleh dikawal. ni kes budak tingkatan satu.aikkkk cikgu sekolah agama tak boleh kawal budak tingkatan satu?

APA YANG INGIN AKU KONGSIKAN MUDAH SAHAJA. JIKA MURID BERSALAH MENGAPA SELALU SALAHKAN GURU DA SISTEM? KENAPA TAK NAK TUNJUKKAN SALAH TU PADA ANAK SENDIRI DAN KELEMAHAN DIRI KITA SEBAGAI WARIS. PERCAYALAH PADA QURAN. QURAN DAH KATA YANG MENCORAKKAN ANAK ITU IALAH IBU BAPANYA NAK JADI YAHUDI, MAJUSI ATAU NASRANI. TUGAS GURU MEMBANTU TUGAS WARIS. AKU ULANG...TUGAS GURU MEMBANTU TUGAS WARIS DALAM PENDIDIKAN. SAMALAH. ANAK AKU PUN DI BANTU OLEH GURU DISEKOLAHNYA. AKU SYUKUR.THATS ALL I WANT TO SAY.....

Wednesday, January 13, 2010

BUMI YANG ADIL BAGI PENDIDIK

terpancar di mata bumi erti kedamaian yang abadi. apa erti dijadikan bumi oleh Allah sekiranya tiada hamba yang bakal memakmurkan bumi.jika di nilai erti bumi pada hamba, maka hamba akan berkata dibumilah tempat aku bermadu kasih sama ada mencari taqwa atau mencari dunia.beruntunglah bagi hamba yang mencari taqwa dan rugilah hamba yang hanya nampak bumi sebagai medan mencari dunia. anak didik sebagai hamba Allah haruslah disulami dengan nilai kasih sayang. kanak-kanak tidak belajar dengan sendirinya melainkan ada guru yang mengajarnya. guru yang sesat, akan menyesatkan anak didiknya. di malaysia, nak jadi guru perlu ada kelulusan ikhtisas seperti KPLI, Diploma perguruan, ijazah perguruan dan dahulu sijil perguruan. maka berbondong-bondonglah hamba Allah yang meminati bidang ini berjuang ke arah untuk mendapatkan tempat sebagai guru. persaingan , kekebalan dan tak kurang juga kabel yang menjadi paksi utama sesetengah pihak. ada kawan aku kata " tanpa kabel, susah nak jadi guru? betul ker?kalau itu indikatornya, maka nilai yang dia ajar nanti adalah nilai ketelusan orang yang membantunya. tapi bagaimana pula bagi guru yang masuk ke bidang perguruan akhirnya mendatangkan masalah kepada bidang itu?

GURU JENIS INI KATA KAWAN AKU BOLEH CARI SATU KONTENA? aku gelak jer.........satu kontena tu banyak bro........apapun hakikat seorang guru tidaklah semudah belajar nak dapat ikhtisas perguruan.belajar yang penuh dengan retorika tidak dapat menembusi dunia realiti guru.guru kerja yang unik. bidang perguruan lagi unik.hirarki guru pun unik. kadang-kadang ada yang menjadi maharaja lebih daripada yang maha kuasa. ada yang kata lebih baik jadi guru besar atau pengetua. punca kuasa ada pada mereka. tapi punca dosa pun ada pada mereka. mereka pemimpin. bukan senang nak pikul tanggungjawab. bagi mereka yang nampak jawatan sebagai punca kuasa, maka mereka akan dapat kuasa sahajalah. tapi bagi mereka yang nampak jawatan sebagai tanggungjawab, maka mereka sudah pasti tak senang duduk dan tak lena tidur.


ini amanah dunia keguruan

 guru juga banyak persatuan.ada nutp, ada kgmbb, ada kesatuan guru lepasan maktab dan pelbagai lagi. kesatuan guru perjuang nasib guru atau gaji guru?gaji guru adalah nasib guru? jika itu indikatornya maka guru malaysia landasan perjuangannya ialah gaji.wah!!!! seronok betul jadi guru sebab kesatuan dok fikir bagaimana nak tolong ubah gred gaji. yang lain apa kesatuan buat? kata pemimpin kesatuan ..." banyak yang dah kami buat..." tapi apa dia ?? tak terkira dengan jari tangan dan kaki.....oklah aku accept tu...tapi, adalah kesedihan. sebab apa cikgu? sebab dari dulu sehingga sekarang cikgu terdedah dengan tindakan undang-undang.takut pula jadi guru. tapi, aku dah terbiasa dengan undang-undang.apa nak takut. berani kerana benar ..takut kerana salah. membujur lalu, melintang patah, ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.oklah setakat ni dulu pandangan aku tentang  mehnah dunia seorang guru.banyak lagi. tapi tunggu...........tq arwah mak ngah mariam binti muda ( guru yang ajar aku erti pelajar di sk kg sitiawan). aku nak ambil contoh dia mengajar dan cara dia mendidik pelajar.ini janji aku..........

Tuesday, January 12, 2010

PERSOALAN DI DALAM MEMBINA UKHUWAH FILLAH



adakah anda benar -benar mengamalkan ukhuwah fillah?


apakah sebenarnya ciri-ciri orang mengamalkan ukhuwah ini?

1) adakah anda telah memberitahu rakan anda bahawa anda sebenarnya menyayanginya kerana ALLAH?
2) adakah anda akan membela rakan anda tatkala dia diburukkan tanpa pengetahuannya?adakah anda mengambil sikap berdiam diri @ turut serta mengata rakan anda tadi?
3) adakah anda sanggup memberi yang terbaik untuk rakan anda itu walaupun anda terpaksa berkorban deminya?


semuanya terletak pada diri kita semua. sebagai seorang insan bergelar hamba Allah, setiap lakaran dalam persahabatan perlu berpaksikan kepada keikhlasan. memang sukar mencari sahabat, tetapi semuanya akan menjadi mudah sekiranya adanya kesungguhan. bagi saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling saya selalu pentingkan sifat berkasih sayang kepada anak murid saya .kita hidup berkawan inginkan kejayaan. justeru, semuanya pasti boleh berlaku dengan adanya ukhuwah.

PROFILE DIRI


A. LATAR BELAKANG DIRI

Nama :Mohamad Nor Suhaili b Hj Jamali
Tarikh Lahir : 16 November 19**
Tempat Lahir:Lumut, Perak
Asal:Kampung Deralik, 32000, Sitiawan Perak
Umur : 33 Tahun
Status :Berkahwin
Bil. Anak:2 orang
Pekerjaan:Guru DG 41
Nama Isteri:Norzila bt Saher
Pekerjaan Isteri :Guru DG 41
Alamat Tetap :No 9, Lorong 12 SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Alamat Majikan:Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Bil Adik beradik :6 orang (anak yang kelima)


B. TARAF PENDIDIKAN


Pra Sekolah (1982):Sekolah Tadika Perpaduan SJKC Kur Seng , Kg Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak
Sekolah Rendah(1983-1988): Sekolah Kebangsaan Kampung Sitiawan, 32000 Sitiawan Perak
Sekolah Menengah(1989-1995): Tingkatan 1- Tingkatan 6 Atas
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, 32000 Sitiawan Perak
 Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan Kepujian (1996-1999)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Major : Analisis Penyelidikan Sosiologi
Minor : Perancangan, Pengurusan dan Pembangunan
Sarjana Pembangunan Sumber Manusia: ( M.Sc HRD) 2004-Nov 2005
Universiti Putra Malaysia
Diploma Perguruan (KPLI) Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
(Jan 2006 hingga Dis 2006)
Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur
Major : Bimbingan dan Kaunseling
Minor : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


C. PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DARI TAHUN 1996-1999


1996 :Exco Kerohanian Desasiswa Kembara
1997/1998: Exco Penerbitan dan Penerangan Majlis Perwakilan Pelajar USM merangkap speaker mahasiswa
1997/1998:Exco Kebajikan dan Penerbitan Kelab Antropologi dan Sosiologi USM
1997/1998:Exco Kebajikan dan Akademik Kumpulan Siswa Siswi DarulRidzuan (KUSISDARI)
1997:Pengarah Ekspo Konvokesyen dan Hari Terbuka USM
1997:Pengarah Projek Baktisiswa di Gugusan Sg Manik Teluk Intan,Perak
1997:Pengarah Program Baktisiswa Kg Kayan, Lekir Perak
1997:Pengarah Konvensyen Kepimpinan Muda Zon Utara
1998:Peserta Konferens PeMbangunan Islam Peringkat Antarabangsa yang dihadiri oleh Pengerusi islamic Development Bank.
1998:Pengarah Program Gerak Mesra Orang Asli Rompin, Pahang.


D. PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN DI INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS (IPIK) CHERAS, KUALA LUMPUR (JAN 2006-DIS 2006)


1.Mewakili IPIK dalam Pertandingan Syarahan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di IP Kota Bharu
2.Mewakili IPIK dalam Pertandingan Debat Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan di IBBA dan mendapat Pembahas Terbaik
3.Mewakili IPIK dalam pertandingan Tafsir Al Quran Peringkat Kebangsaan di IP Teknik Kuala Lumpur
4.AJK Sambutan KAGUM 2006
5.AJK Konvokesyen IPIK 2006
6.AJK Program Pendidikan Luar IPIK
7.Dilantik sebagai senator Persatuan Guru Pelatih IPIK 2006
8.Naib Pengerusi Kelab Akses Kendiri
9.Jurulatih dan AJK Permainan Bola Keranjang
10.Ahli Pengakap IPIK ( Manik Kayu 2)


E.PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN DALAM BIDANG KEMASYARAKATAN

1.AJK Biro Latihan GPMS Kebangsaan 2006/2008
2.AJK GPMS Cawangan Sitiawan dari tahun 2002 hingga sekarang
3.Jurulatih Biro Badan Bertindak GPMS Perak
4.Setiausaha Kelab Payung Terjun Pulau Pinang tahun 2004
5.Penggerak dan sukarelawan Majlis Belia Daerah Manjung dari tahun 1996 sehingga sekarang
6.Sukarelawan Majlis Belia Negeri Perak dari tahun 2002 hingga sekarang
7.Bilal lantikan di Masjid Jamek Kg Kepala Gajah, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


F. PENGALAMAN BEKERJA

1.Guru Sandaran Tidak Terlatih ( Jan 2000 hingga Oktober 2001)
2.Pengurus Kolej Jururawat Kolej Citi Sri Manjung francais dengan Kementerian Kesihatan ( Disember 2001 hingga Februari 2002)
3.Penolong Pengarah Biro Tatanegara, Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri ( Februari 2002 hingga Januari 2006)
4.Guru Bimbingan dan Kaunseling di SK Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan ( Jan 2007 sehingga sekarang)


G. PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN DI SK BANDAR TASEK MUTIARA


1.Setiausaha Briged Komuniti Pintar, SK Bandar Tasek Mutiara
2.Pengarah Pelan Induk Projek Bestari Wawasan SK Bandar Tasek Mutiara yang dilancarkan oleh YB Dato’ Zainal Abidin Osman, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada 24 Mac 2007
3.Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling
4.AJK Unit Hal Ehwal Murid
5.Penyelaras Bersama Projek Kecemerlangan Tahun 6
6.Penyelaras Penubuhan Pusat Islam SK Bandar Tasek Mutiara
7.Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah
8.Guru Penasihat dan Jurulatih Kelab Olahraga sekolah
9.Setiausaha PIBG 2007/08
10.AJK Kedai Buku
11.Jawatankuasa Tender Kantin 2007




H.PENGALAMAN LAIN
1.Giat menulis di dalam web dan blog dari tahun 2005 sehingga sekarang
2.Giat menulis rencana di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sekitar tahun 2001 hingga 2003
3.Menyertai kumpulan penyelidik ke seluruh Sumatera Utara selama 5 hari pada Mei 2004
4.Menyertai kumpulan penyelidik ke seluruh Selatan Thailand pada Julai 2002
5.Menjadi fasilitator dan penceramah Program Mahasiswa Luar Negara di seluruh United Kingdom ( London, Manchaster, New Castle dll) selama 12 hari pada Disember 2005
6.Menjadi fasilitator, penceramah dan pengkuliah Biro Tatanegara , Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri dari Januari 2006 hingga sekarang
7. Penternak Lembu dan Kambing
8. Konsultan Latihan
9. Perniagaan Berkaitan Perbekalan


I ANUGERAH YANG PERNAH DI PEROLEHI


1. Menerima Anugerah Pelatih Terbaik Gerak Kerja Ko kurikulum Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras pada April 2007
2. Menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan KPLI Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras pada April 2007