Wednesday, June 23, 2010

MUSUH JANGAN DI CARI. JIKA BERTEMU JANGAN BERUNDUR

Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”


(Bukhari dan Muslim)


Dalam kehidupan ini sebagai manusia AKU sering berhadapan dengan perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Oleh itu hendaklah AKU sentiasa berhati-hati dan jangan sengaja melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan orang lain atau dengan perkataan lain jangan AKU sengaja mencari musuh kerana ia menunjukkan sikap orang yang sombong dan bongkak. Namun jika ditakdirkan AKU bertemu dengan musuh maka AKU PELU bertahan dan jangan mudah menyerah kalah. AKU kena bersabar dan memohon kekuatan daripada Allah SWT semoga AKU berada di pihak yang benar.

teruskan usaha kamu wahai penjahat-penjahat skbtm yang memasukkan diri kamu ke dalam kumpulan petualang dan pencacai yang hina . adioshhh.........