Wednesday, June 2, 2010

BERAT SUNGGUH TUGAS GURU DULU, KINI DAN SELAMANYA KOT.


hari ini aku terbaca dalam paper tentang kenyataan nutp yang mahukan guru tak bertugas pada hari sabtu dan ahad. dengan kata lain, guru dok berehat sahaja bersama keluarga atau pi jalan makan angin. pada dasar hakiki aku setuju. pada dasar profesional aku tak setuju. sebab apa ? mudah sahaja....bila pula guru nak ada nilai ditambah. guru dulu, siang malam bekerja nak bagi aku pandai. kenapa sekarang pula nak kecualikan bertugas hari sabtu dan ahad. abang aku dua orang guru, kakak aku guru, isteri aku guru , adik ipar aku guru dan sekeliling ahli keluarga aku guru. tapi, satu kata abang aku " kalau nak jadi cikgu, tapi tak mau berkhidmat siang dan malam dan sabtu serta ahad, pergi cari kerja lain suhaili....". guru bukan mengajar sahaja. tentu marah kawan-kawan aku dengar. tahun 2007 aku masuk skbtm dan aku ngajar serta buat kerja-kerja bimbingan kaunseling. setahun setengah aku mengajar. tapi kerja kaunseling kena buat juga. tak banyak pun, kena buat sikit. aku yakin semua kawan-kawan aku di skbtm rajin belaka mai hari sabtu dan ahad. aku ada indikator ini. kawan-kawan aku  di skbtm memang rajin nak bantu anak bangsa. kita kena kerja kuat sebab kita nak juga guru sekolah tempat anak kita belajar pun kerja kuat untuk anak kita. skbtm mungkin tiada masalah dalam hal ini. kaul ada pun, aku rasa jenis yang berkira sangatlah kot.

bak kata pepatah " hati kuman sama di cicah dan hati gajah sama di lapah".aku berharap nutp berfikir lebih advance seperti minta kerajaan bagi elaun kerja lebih masa ker atau naikkan gaji atau pangkat seperti polis. ni yang nutp dok kaji masalah bebanan guru. naik gaji dan bagi elaun khas boleh menyamaratakan bebanan guru dan sekaligus memberi insentif kepada mereka.perlu diingat, tidak semua manusia adalah yg terbaik dan tidak semua guru terbaik. saya pun selalu muhasabah diri saya sendiri.adioshhhh..........

nutp tolonglah perjuangkan elaun khas atau skim kenaikan gred pangkat dipercepatkan. cth dg41 ke dg44 boleh dipohon selepas 3 tahun mengajar. sama jugalah dengan dg29.