Wednesday, June 23, 2010

MUSUH JANGAN DI CARI. JIKA BERTEMU JANGAN BERUNDUR

Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”


(Bukhari dan Muslim)


Dalam kehidupan ini sebagai manusia AKU sering berhadapan dengan perkara yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Oleh itu hendaklah AKU sentiasa berhati-hati dan jangan sengaja melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan orang lain atau dengan perkataan lain jangan AKU sengaja mencari musuh kerana ia menunjukkan sikap orang yang sombong dan bongkak. Namun jika ditakdirkan AKU bertemu dengan musuh maka AKU PELU bertahan dan jangan mudah menyerah kalah. AKU kena bersabar dan memohon kekuatan daripada Allah SWT semoga AKU berada di pihak yang benar.

teruskan usaha kamu wahai penjahat-penjahat skbtm yang memasukkan diri kamu ke dalam kumpulan petualang dan pencacai yang hina . adioshhh.........

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI..."WAMAKARU WAMAKARALLAH, WALLAH HU KHOIRULMAKIRIN"....

tanggal 22/6/2010 detik sejarah yang tidak dapat aku lupakan menjelang 5 tahun aku dalam dunia ibadah pendidikan. wah!!!begitu mencabar dunia pendidikan dan begitu busuknya hati manusia yang bersifat seperi haiwan tidak bertuan. bak serigala yang membaham mangsa yang tidak bernyawa..ada kawan kononnya kawan, tapi rupanya musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, api dalam sekam.sungguh seronok mereka melihat apa yang dirancang dengan niat hati busuk sehebat nanah khinzir yang tidak ternilai busuknya. lalu kumpulan penabur fitnah ini bermaharajalela agar sejarah sipuntum dan pak andak indut berulang.moga sejarah tok janggut kembali menyemarakkan bumi skbtm. amalan jatuhnya melaka dijuang semula.

puaslah hati segala penabur fitnah yang ingin menyatakan merekalah jaguh dan mereka yang menjadi talibarut kepada penabur fitnah cukup puas dengan gerak kerja mereka. persoalan aku , apakah mereka tidak percaya kewujudan Illahi? apakah mereka rasa perancangan mereka lebih hebat daripada Illahi? apakah mereka tidak tahu bahawa mereka juga dirancang kewujudannya oleh Illahi. sama juga aku yang disebut hamba Allah.wah!!! mereka begitu girang gembira. gempit gempita serunai dan nafiri bak halilintar membelah bumi untuk memfitnah aku. segala perancangan disusun rapi untuk memastikan aku terkena dengan makanan fitnah mereka.

susunlah kamu wahai kumpulan pemfitnah terhadap diri aku. aku yakin kamu bukan wakil Allah yang boleh menentukan nasib jatuh bangunnya aku. susunlah kamu dengan anjing-anjing gampangan yang kamu kenali dari sifat mazmumah mereka.maka sekalian manusia yang termasuk dalam kumpulan yang zalim ialah mereka yang menganiayai saudara mereka sendiri.tapi nak buat maca mana, orang dah tak faham agama. islam hanya pada keturunan semata-mata.

aku bersyukur kepada Allah, kerana inilah kali kedua fitnah jatuh kepada aku selepas serangan fitnah pertama dilemparkan pada tahun 2007/2008. Allah jua yang membantu. buat kali kedua serangan dilakukan dalam gerakan Jun 2010. sekali lagi aku berdoa agar mereka ini diberikan hidayah pada Allah. lalu kamu kena beringat seperti aku bahawa dunia ini adalah hambatan perjalanan kehidupan. apa telah cukup dengan kamu memfitnah aku dan berlakon dengan sebuah filem yang kononnya menunjukkan kamu seorang yang baik dan pemegang ijazah mahmudah?

aku syukur kerana tanggal 22/6/2010 membuka semula diari prinsip sebuah perjuangan. sungguh enak bermain dalam sebuah pentomen episod fitnah skbtm. aku tahu dan kamu juga tahu bahawa aku tahu kamu siapa. Lalu kamu dan aku kena beringat Allah lebih tahu perancangan jahat kamu. apakah kamu lebih hebat pada Allah? kamu hendak digolongkan dalam golongan namrud, abu jahal atau abu lahab?tapi itulah yang kamu cari. akan ku nukilkan kenangan ini dalam diari kehidupan sementara aku di dunia ini.

kepada mereka yang menjalankan tugas pada hari ini, aku kagum dengan kalian. demi Allah , aku yakin bahawa pentomen ini akan terus bermain selagi aku tidak keluar dari skbtm. kepada kamu semua, puaslah hati kamu dan kamu pun berasa bahawa kamu benar dan menang di dunia. tapi kamu ingat, wal akhirah ada jua pembalasannya. apa kamu hendak tengok aku berangkat meninggalkan skbtm. teruskan usaha jahat kamu dan tak perlu memfitnah aku. tak perlu habiskan masa yang panjang untuk menguji kepakaran lama kamu bagi menjatuhkan orang lain. merujuk kembali kepada kuasa Allah yang lebih dari kamu.ingin aku khabarkan berita gembira kepada kumpulan pemfitnah ini. aku akan permisi juga dari skbtm.tapi bukan kerana kamu. kerana perancangan Allah jika di qada kan buat diri aku.keputusan ini telah bermula januari 2010.cuma pucuk pangkalnya aku mahu ataupun tidak. telah lama aku mengidam untuk meneruskan perjuangan di agenda lain . aku benci dengan tali barut dan barua kamu di skbtm. aku berjanji , kepada semua talibarut ini, tidak ku halalkan segala perkongsian ilmu, makan minum dan segalanya untuk dihadamkan kepada tubuh badanmu. berbahagialah kamu dengan kumpulan pemfitnah ini. berbahagialah kamu. berbahagialah kamu. aku pasti, semuanya akan menuju jalan kesudahan alam dunia. apa kamu kurang pasti jalan ini?

Ya Allah jika ditakdirkan apa yang berlaku  sebagai sebuah qadamu kepada ku, aku redha ya Allah. moga apa yang berlaku mematangkan diriku dan mempunyai hikmah di sebalik kejadian. la ila haillallah

adioshhh...jazakallah for all............maybe esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, aku pasti permisi meneruskan agenda perjuangan aku dalam lapangan yang lain. tak perlu kamu risau wahai sekalian talibarut dan pasukan pemfitnah skbtm.

Tuesday, June 22, 2010

SEBELUM DAKU TERLUPA : "SELAMAT HARI BAPA SEMUA "

dalam menempuh setiap laluan , yang pastinya hukuman Allah adalah perkara yang paling digeruni hambanya. Justeru, marilah kita sama-sama berdoa, bersolat dan bertawakkal agar Allah memberi hidayah kepada kita. nikmat itu seketika. jangan jadikan nikmat sebagai alasan untuk melupakan tanggungjawab. wahai kawan-kawan, aku menyeru pada diri aku dan kalian, moga kita menjadi bapa yang terbaik di sisi Allah

Monday, June 21, 2010

DOAKAN MOGA ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA MEREKA

dalam dunia hari ini mudah sungguh cari musuh dalam selimut. kerja mereka ialah menjatuhkan orang lain dan menabur fitnah. tidakkah mereka lupa, rezki yang mereka perolehi itu akan menjadi syubhah dengan cara menabur fitnah? Allah perintahkan kita bersolat tapi kita degil sebab kita rasa diri dah bertuhan. siapa Tuhan kita? ada ker yang menyatakan kuasa itu tuhan mereka atau ada sarakah syaitan yang tersemat dalam jiwa dan qalbu. jahat sungguh mereka yang bersifat  demikian. di hadapan aku, mak aiiii bukan main baik. dibelakang, mengatur strategi nak tutup periuk nasi aku dengan batu ( bukan pasir lagi dah). nak wat cam mana. inilah kesan bagi hamba Allah apabila mereka rasakan bahawa kuasa mereka lebih besar dari qudrat Allah. aku doakan kalian bahagia dan moga Allah berikan petunjuk pada kalian. berkendurilah kalian nak caturkan politik menjahanamkan aku di skbtm. teruskan niat SYAITAN ANDA. aku yakin kuasa Allah daripada nafsu syaitan yang membantu mereka.

lawan terus lawan!!!!!!!!!!
doa terus doa!!!!!
percayalah mereka yang teraniaya akan dibantu Allah.aku bermohon bantuan darimu ya Allah.mereka sedang bermaharajalela  dengan kuasa dan mulut yang mereka ada.

Friday, June 11, 2010

PERJALANAN INI, PENUH RANJAU DURI.

assalamualaikum kawan-kawan. seminggu dah tak menulis. mula2 cuti ( 4/6), aku ada urusan di alor setar, kemudian terus bergerak ke kuala lumpur petangnya tu.agak padat sikit perjalanan cuti ini. jumaat hingga ahad ( 4-6/6) aku ada di lembah kelang. isnin ( 7/6) aku balik semula ke pulau pinang. di pertengahan jalan kena saman tandatangan (kelajuan melebihi 125km sejam) dekat  tanjung malim. masa ni kawan aku yang drive. dia lah yang kena tandatangan tapi, tempat kelajuan tu, aku yang bawa. he he. hari rabu ( 9/6) aku pi kedah semula .ada hal di alor setar. malamnya aku ada program di kulim. khamis ( 10/6) aku ambil ptk dan terus shoot ke melaka (bercuti selama 5 hari di johor -rumah mentua).selasa( 15/6) aku kena balik semula ke penang dan terus ke langkawi ada program di salah sebuah hotel di langkawi. khamis aku ada semula di penang dan sabtu( 19/6) aku akan bergerak ke satu destinasi khas bersama kawan2 dan ahli keluarga. kira-kiranya aku free semula malam ahad sehari semula masuk sekolah semula.hari ini aku ada di melaka. nak buat kerja sikit di  tg keling.lawatan tapak untuk penilaian.untuk memudahkan pergerakan, aku bawa sekali ahli keluarga aku. jadi mereka kena ikut ler cara aku. semalam aku bawa keluarga pi makan di restoran arab ( saba) cyberjaya. tip top makanan arab. tak payah pi negara timur tengah.ok....aku pi sarapan dulu. ada di ayer keroh hari ni. melaka gawat dengan sukma.aku doakan moga semua kawan dan murid-murid diberkati Allah.

aku sebenarnya sedang mengira hari dalam menempuh perjalanan yang mungkin akan dihalatujukan bertepatan dengan cita-cita aku sejak dulu.nanti aku ceritakan pada kawan-kawan. assalamualaikum. adioshhh............

Saturday, June 5, 2010

KASIHAN DIA ........TAKPE KUATKAN SEMANGAT

cuti sekolah ni ramai yang nak berkahwin. aku pun terima banyak jemputan. terima kasih pada pk ko ko aku yang menjemput aku sekeluarga ke rumahnya pada 6 jun. adiknya kahwin. aku sekarang berada di lembah kelang. pagi tadi ada di kedah sampai tgh. lepas jumaat terus shoot ke kl. ada keje di area putrajaya. maybe kalau ikut jadual, aku benar-benar free pada 8hb dan 9hb shj. sampai la buka sekolah dah susun dengan pelbagai program keluarga dan diri sendiri. esk ada kerja di cyber jaya. maybe di sebelah petang.oppssss.... sebelum aku terlupa. kepada rakan-rakan yang ingin berumahtangga atau akan menambah lagi, aku nak pesan jangan sampai terkulai seperti gambar di atas yer. teruskan niat murni kalian. insyaallah skbtm akan menerima undangan tak rasmi tak lama lagi. tapi bukan perkahwinan pertama tau.maybe kedua atau ketiga atau cukup kuota ke empat. doa aku, moga Allah memberkat niat kalian.adioshhhhh............

Thursday, June 3, 2010

ANTARA KAWAN DAN SAHABAT ADA KABUS YANG MENGHALANGNYA

jika di tanya diri, kita akan berkata dia kawan aku. dia musuh aku. dia juga kenalan aku. semuanya dia dan semuanya diri sendiri.Allah jua yang mengetahui. tapi sahabat adalah istilah yang dihadiahkan oleh nabi Muhamad SAW kepada umatnya. menilai prestasi kawan tidak sama dengan menilai prestasi sahabat. saya mencari sahabat kerana saya punyai ramai kawan.


kawan pada bila bila masa sahaja boleh menendang kita keluar dalam kumpulannya. ramai orang macam ni. bila dah senang, dah ada kuasa lupa segalanya. kuasa adalah pinjaman drp Illahi. janganlah bongkak sangat kawan. tapi sahabat akan menyelamatkan sahabatnya.di skbtm ramai kawan aku, tapi amat sedikit sahabat aku.aku berdoa pada Allah janganlah ada kawan seperti gambar ihsan di atas.kawan berkontena boleh dapat. sahabat nak dapat satu raga motor pun susah.adioshhhhhhhhhh............

MACAM-MACAM PERANGAI KAWAN.............TAPI SAHABAT TIDAK BEGITU

cebisan kata-kata  yang ingin aku simpulkan sebelum ini.mencari sahabat lebih sukar dari mencanai sebuah intan. tidak ternilai dengan wang ringgit perjuangan seorang sahabat. moga Allah ketemukan aku dengan sahabat yang setia dan seorang kawan yang memahami erti ruang diri

masihkah kau ingat, pada waktu itu,
sekuntum bunga mekar
ku selit ke rambutmu
lalu ku genggam, ia menjadi mimpi
dan menjadi rindu,
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat
kita berlari lari
di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
masihkah kau ingat, masihkah kau ingat................

sahabat tiada nilai dan tiada erti tanpamu.adioshhhhhh............

Wednesday, June 2, 2010

DEMAM MULA TERASA ............



brazil mengikut resmi padi semakin masak semakin tunduk. jangan jadi macam resmi italy dan argentina
semakin nak dekat lawan, semakin rasa yakin boleh menang walaupun belum mula perlawanan lagi.

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PALESTIN

bendera 6 bucu menjanjikan kemusnahan buat dunia. apabila mereka puak israel menyatakan mereka ialah bangsa pilihan Allah, maka sebenarnya mereka tersilap. Hujah mereka menyatakan mereka ialah ahlul kitab juga silap. apabila quran diturunkan, maka semua kitab-kitab yang diturunkan sebelum itu terbatal sama sekali dan tidak boleh dijadikan rujukan hujah masa kini. baik samada taurat, zabur, injil dan kitab-kitab suhuf. membelakangkang kitabullah yakni quran samalah seperti menidakkan apa yang telah Allah suruh hambanya lakukan.kekejaman israel memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. bermula dengan bukit golan sampailah kepada usaha menawan gaza dan palestin. umat islam palestin harus dihalau dari bumi palestin. apa yang hamas dan fatah boleh lakukan? hanya bertegang urat leher untuk berhujah sedangkan kufar yahudi berpadu tenaga untuk membunuh umat islam. di mana dangkalnya umat islam bumi arab?punyalah banyak negara islam dan ramainya  umat islam di bumi arab, tapi akhirnya mereka boleh menbiarkan saudara mereka dibunuh dengan sesuka hati. kenapa ini terjadi? sentimen umat islam dalam konteks saudara semakin terhakis. apa yang mereka nampak sekarang ialah kuasa. kuasa unipolar atau dwipolar?

siapa yang berdosa? siapa yang perlu dipersalahkan?dimana suara umat islam sedunia?
seluruh penganut agama Islam di skbtm wajiblah ke atas diri kita berdoa siang dan malam memohon pada Allah agar misi menghantar makanan ke gaza selamat sampai.kasihan saudara islam kita di sana.

tanpa mengira sifat kemanusiaan, tentera regim israel terus membunuh dengan kejam. tiada nilai kemanusiaan lagi. mereka menyerang misi penghantaran makanan ke gaza atas alasan tidak melalui kebenaran israel.dimanakah suara iran? dimanakah suara yang lain? kalian semua berdoalah.........

BERAT SUNGGUH TUGAS GURU DULU, KINI DAN SELAMANYA KOT.


hari ini aku terbaca dalam paper tentang kenyataan nutp yang mahukan guru tak bertugas pada hari sabtu dan ahad. dengan kata lain, guru dok berehat sahaja bersama keluarga atau pi jalan makan angin. pada dasar hakiki aku setuju. pada dasar profesional aku tak setuju. sebab apa ? mudah sahaja....bila pula guru nak ada nilai ditambah. guru dulu, siang malam bekerja nak bagi aku pandai. kenapa sekarang pula nak kecualikan bertugas hari sabtu dan ahad. abang aku dua orang guru, kakak aku guru, isteri aku guru , adik ipar aku guru dan sekeliling ahli keluarga aku guru. tapi, satu kata abang aku " kalau nak jadi cikgu, tapi tak mau berkhidmat siang dan malam dan sabtu serta ahad, pergi cari kerja lain suhaili....". guru bukan mengajar sahaja. tentu marah kawan-kawan aku dengar. tahun 2007 aku masuk skbtm dan aku ngajar serta buat kerja-kerja bimbingan kaunseling. setahun setengah aku mengajar. tapi kerja kaunseling kena buat juga. tak banyak pun, kena buat sikit. aku yakin semua kawan-kawan aku di skbtm rajin belaka mai hari sabtu dan ahad. aku ada indikator ini. kawan-kawan aku  di skbtm memang rajin nak bantu anak bangsa. kita kena kerja kuat sebab kita nak juga guru sekolah tempat anak kita belajar pun kerja kuat untuk anak kita. skbtm mungkin tiada masalah dalam hal ini. kaul ada pun, aku rasa jenis yang berkira sangatlah kot.

bak kata pepatah " hati kuman sama di cicah dan hati gajah sama di lapah".aku berharap nutp berfikir lebih advance seperti minta kerajaan bagi elaun kerja lebih masa ker atau naikkan gaji atau pangkat seperti polis. ni yang nutp dok kaji masalah bebanan guru. naik gaji dan bagi elaun khas boleh menyamaratakan bebanan guru dan sekaligus memberi insentif kepada mereka.perlu diingat, tidak semua manusia adalah yg terbaik dan tidak semua guru terbaik. saya pun selalu muhasabah diri saya sendiri.adioshhhh..........

nutp tolonglah perjuangkan elaun khas atau skim kenaikan gred pangkat dipercepatkan. cth dg41 ke dg44 boleh dipohon selepas 3 tahun mengajar. sama jugalah dengan dg29.

Tuesday, June 1, 2010

MY FRIENDS......BUT ITS NOT " SAHABAT"

kawan tidak bermakna sahabat. tetapi sahabat ialah kawan, rakan dan teman yang membantu dikala senang dan susah.kawan memang ramai. tapi sahabat kalau nak cari dalam 1000 orang, 10 orang pun susah. untuk menjayakan misi sekolah, kita perlu mencari ramai sahabat an bukannya kawan kawan hanya sekadar kawan. sahabat akan melihat apakah ruang yang boleh dia membantu kita. adioshhhhhh semua.

MEREKA GEMILANG DALAM EKONOMI. KITA GURU SKBTM BILA LAGI?


aku cukup kagum dengan anandan krishnan dalam empayar ekonominya. begtu juga dengan robert kuok. kedua-duanya tokoh perniagaan yang teragung dalam negara. mereka berjaya kerana mereka berusaha siang dan malam dan tiada erti puas hati dalam kehidupan. walaupun mereka bukan seagama dengan aku, namun aku yakin mereka berjaya kerana memegang falsafah masa.tahniah rakyat malaysia. guru skbtm pun boleh gemilang dengan syarat mengisi masa dengan niat dan zam untuk merubah murid supaya terus berjaya. guru menginovasikan minda murid. adioshhhhhhhh

BUDAYA MENCATIT TERAS KEFAHAMAN


pic ni aku ambil tanpa di sedari. aku tengok adik ni memang berminat mendengar ceramah yang disampaikan oleh en zufli. dia catit apa yang en zufli cakap dan tulis di papan putih. tindakan adik ini harus diberi pujian kerana dia mempunyai kesungguhan untuk mencatit. mencatit setiap apa yang diajar oleh guru , akan memberi kesan maksima terhadap pemahaman kita terhadap apa yang diajar hari ini. mencatit akan menambahkan lagi daya ingatan seseorang murid terhadap apa yang diajar. namun, tidak semua murid suka mencatit. bagi mereka mungkin membuang masa atau melenguhkan tangan. setiap perkara yang dicatit perlu di baca atau diulangkaji dirumah. barulah matapelajaran yang kita pelajari , dapat difahami dengan penuh berkesan. berdoa ya anak muridku sekalian. adioshhhhhhhhhhh.

TAKLIMAT BIJAK SIFIR DARI EN. ZUFLI

hari ini mulai jam 8.00 hingga 8.30 pagi, semua murid tahun 3 hingga 6 mendengar ceramah dari en zulfli berkaitan cara belajar bijak sifir.semua murid mendengar informasi yang diberikan dengan tekun

taklimat awal daripada en zufli yang berasal drp terengganu tentang cara mudah memahami sifir

tu dia langkah mudah ingat sifir

lihat memek muka mereka :
cikgu azmi macam gaya orang nak faham dan tak faham
cikgu fathi merenung jauh
pak omar nampak macam bersemangat
bang syukri dengan penuh tekun
pk koko aku dok cuci cermin mata dulu.......

di sekolah aku hanya ada 2 orang guru india lelaki. seorang cikgu kana (baru dapat apc...layak pun dapat sebab dari aku mula masuk dulu, dia ni kira tulang belakang program...ringan tulang )dan seroang lagi cikgu saguna pendidikan khas.

ok adioshhhh......................moga murid skbtm bijak sifir selepas ini. apapun, yang penting matematik ni kena banyak buat latihan.anak murid semua , jangan lupa buat latih tubi di rumah.