Tuesday, January 12, 2010

PERSOALAN DI DALAM MEMBINA UKHUWAH FILLAH



adakah anda benar -benar mengamalkan ukhuwah fillah?


apakah sebenarnya ciri-ciri orang mengamalkan ukhuwah ini?

1) adakah anda telah memberitahu rakan anda bahawa anda sebenarnya menyayanginya kerana ALLAH?
2) adakah anda akan membela rakan anda tatkala dia diburukkan tanpa pengetahuannya?adakah anda mengambil sikap berdiam diri @ turut serta mengata rakan anda tadi?
3) adakah anda sanggup memberi yang terbaik untuk rakan anda itu walaupun anda terpaksa berkorban deminya?


semuanya terletak pada diri kita semua. sebagai seorang insan bergelar hamba Allah, setiap lakaran dalam persahabatan perlu berpaksikan kepada keikhlasan. memang sukar mencari sahabat, tetapi semuanya akan menjadi mudah sekiranya adanya kesungguhan. bagi saya sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling saya selalu pentingkan sifat berkasih sayang kepada anak murid saya .kita hidup berkawan inginkan kejayaan. justeru, semuanya pasti boleh berlaku dengan adanya ukhuwah.