Thursday, August 12, 2010

MAKSUD SURAH AL BAQARAH AYAT KE 10

sebelum ini aku dah letakkan surah al lahab berkaitan sifat orang yang dengki apabila ia dengki.sekarang aku paparkan surah al baqarah ayat ke 10.


Ayat 10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Ayat 12 - Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

 kawan-kawan orang munafik amat ramai. depan dia jadi kawan dan belakang dia boleh jadi munafik. kata orang kampung aku bermuka-muka.depan dialah wira. semuanya dia berani , tapi rupanya dia tak berani buat pun. depan dia akan kata semuanya ok, tapi bila belakang semua jadi ko.orang munafik yang punyai hasad dengki pun ada di skbtm. nak kira dengan jari tangan pun dah cukup. tak perlu tambah jari kaki. yang dalam mesyuarat sembang bagai nak rak, tapi cara buat kerja macam ....masyaAllah.orang yang penakut ialah orang yang suka mengadu domba dan buat fitnah. dia takut dengan bayang-bayang sendiri. di skbtm aku ditunjukkan dengan beberapa manusia jenis ini.ada juga di kalangan 2 ke 3 orang waris. aku ulang 2 ke 3 orang waris. bukan semua waris. 2 ke 3 orang sahaja.itu pun yang aku tahu dan terbukti dah. oklah.........moga Allah beri pentunjuk kepada 2 ke 3 orang waris ni agar mereka faham erti ayat ke 10 al baqarah.adiosh............ 

Wednesday, August 11, 2010

TUCSON......CUN BENTUKNYA


SUV HYUNDAI CUN GAK
TAPI MACAM MANA NAK BELI?

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

HIASI AMAL SOLEH DAN SOLEHAH DALAM DIRI KITA SEPANJANG RAMADHAN
KEPADA RAKAN TAULAN, KETAHUILAH BETAPA PENDEKNYA MASA DAN CEPATNYA AJAL YANG BAKAL MENGUNJUNG MANUSIA. AMALAN JANGAN DIHADKAN. TERUSKAN USAHA MENCARI PAHALA ALLAH DISEPANJANG RAMADHAN. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SKBTM TELAH MERANCANG 19 PROGRAM SEPANJANG IHYA RAMADHAN. SAMA-SAMALAH KITA USAHAKAN.ADIOSHH.......

Monday, August 9, 2010

KEKALKAN BAHANG CINTA DALAM BERUMAHTANGGA

JIKA DULU BOLEH, KENAPA SEKARANG TIDAK
KATAKAN TIDAK PADA PERBALAHAN RUMAH TANGGA
DOA YANG BERTERUSAN
PERJALANAN DUNIA YANG SEMENTARA
MEMERLUKAN SOKONGAN ISTERI YANG SOLEHAH
DAN ANAK YANG SOLEH SERTA SOLEHAH.
ADIOSHHH............

Friday, August 6, 2010

DULU ANWAR MENANG, NAJIB TEPUK TANGAN.SEKARANG NAJIB MENANG ANWAR PULAK?

DULU SEMUA GUNA KOPIAH HITAM
SEKARANG KOPIAH DAN PUTIH SAMA JER DAH
BILA HUDUD NAK DIBUAT NI ?
MINUM ARAK
BERZINA BAGI YANG BELUM BERKAHWIN
BERZINA BAGI YANG BERKAHWIN
MENCURI
MEMBUNUH
MELIWAT
ISLAM ITU SYUMUL
TAPI SIAPA NAK SYUMULKAN ISLAM
SAYA, KAMU DAN SEMUA
BUKAN PARTI YANG SYUMULKAN ISLAM
LA NI PENING SIKIT PASAL SIASAH..............

Wednesday, August 4, 2010

SIAPA YANG BERSALAH NI?

GURU ?
IBUBAPA?
KERAJAAN?
AGAMA?
ATAU DIRI SENDIRI?

dalam quran banyak menyebut yang nak bentuk anak ialah ibu bapa. bukan guru dan bukan kerajaan. tapi guru dan kerajaan membantu membentuk murid. moralnya jangan suka salahkan sesiapa. kita kena bekerjasama dan jangan dok suka memfitnah ok..........adioshhhhhhh

PEMBAZIRAN TENAGA KE SEKOLAH SEKIRANYA TIDAK MAHU BERJAYA

dewasa ini aku tengok bebanan beg murid semakin bertambah. zaman aku dulu aku rasa lagi lagi bertambah. bawa beg seberat 5 ke 10 kilo sehari. tapi alhamdulillah beg yang aku kendong tu  tidak menghampakan aku. bagi aku, untuk berjaya kita perlu berusaha. berjaya bukan datang dari keturunan. seorang bapa yang bekerja sebagai doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya tidak semestinya dia akan melahirkan anak yang sama cita-cita dengan nya. bakat semulajadi perlu diiringi dengan usaha.

murid pada hari ini segelintirnya kurang bertindak untuk berjaya. jika tidak berjaya siapa yang harus di salahkan. guru? atau tukang kebun? atau warisnya? aku juga seorang guru dan seorang waris.baru-baru ini prestasi akademik anak aku menurun sedikit. hidayah banyak dapat markah 85 ke atas. sepatutnya dia dah biasa apat 90 dan ke atas dan 100. kenapa ujian baru-baru ini dia menurun? aku nak salahkan guru seri tasek? maaf , cikgu tak salah, tapi ada kelemahan pada diri aku. aku nak buat trial run kalau hidayah tak mengulangkaji berapa dia boleh dapat. Pick up minda dia rupanya pada para 85 ke 90 sahaja. ini bermakna potensi mindanya boleh di asah. jika dia mengulangkaji 2 minggu sebelum , dia akan dapat 90 dan ke atas.

bagaimana dengan waris skbtm? bila anak anda kurang markah salahkan guru atau diri sendiri? saya mengaku kelemahan diri saya kerana bagi saya guru tidak pernah lahir untuk membodohkan diri anak muridnya.

kesan daripada markah ujiannya, hidayah nampak berubah mulai isnin lepas. mana tidaknya kena brain wash dengan ayah....he he...bukan apa. aku nak tengok anak aku berjaya. semua mak ayah nak tengok anak berjayakan?adioshhhhhh.........jangan lupa ajak anak berjemaah sekali. kalu mak ayah pun terlupa sembahyang, maka lepas ini solat ok, demi agamamu Islam.

Tuesday, August 3, 2010

KAWAN OH KAWAN.......

ADIOSHH.......KAWAN MAKAN KAWAN PUN RAMAI GAK DEKAT SEKOLAH AKU NI
SAHABAT SIKIT SAHAJA YANG ADA
TEMAN BOLEH LAH
AWEKSS NO! NO!
GIRLFRIENDZ .....NO KOMEN...HE HE . MANA ADA
ISTERI CONFIRM LA ADA.....SAYA CINTAKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SAYA :)
SIANG MALAM MEREKA DOAKAN UNTUK SAYA
SAYA PUN DOAKAN UNTUK MEREKA.

ADIOSHH

TIBA-TIBA JER MINAT NAK AMBIL MOTOR IDAMAN

kalu ada rezeki nak ambil motor ni. tapi besar pulak. besar duitnya. besar nak tanggung.dan yang lebih takut besar fitnahnya.
virago...........kiut..........bila boleh pakai ni.........nak letak motor kris dekat mana pulak nanti.bawa sedap ni.doa jer la dulu. pasang niat awal-awal. manakan tahu Allah makbulkan.

adioshhhhhh..................